Search
  • RepaiRBossku

5 Cara Penggunaan Yang Merosakkan Komputer Anda Dalam Diam

Pernahkah anda terfikir, mengapa komputer atau laptop anda tidak bertahan lama dari segi prestasi dan keupayaanya? Lebih aneh lagi jika anda sentiasa menjaga gajet anda bagai menatang minyak yang penuh, tetapi selepas beberapa bulan, anda mula perasan akan kemerosotan produktivitinya. Oleh itu, entri RepairBossku kali ini akan mendedahkan beberapa amalan harian anda yang sebenarnya telah merosakkan komputer anda tanpa sedar.


Nak tahu apa amalan-amalan tersebut? Jom teruskan baca!





1. Terus Menggunakan Laptop Sebaik Sahaja Ia ON

Sebenarnya laptop memerlukan sedikit masa untuk bersiap sedia walaupun ia telah memaparkan isyarat 'Welcome'. Ketidaksabaran anda untuk terus membuka software akan meningkatkan tekanan pada komputer sehingga menyebabkan Operating System anda freeze dan akan terjadinya gangguan pada data. Namun, jika laptop anda masih lambat untuk bekerja, anda boleh periksa 'startup program' di setting dan ubah mengikut kesesuaian kegunaan.



2. Meletakkan System Unit (CPU) Terlalu Dekat Dengan Dinding Atau Perabot

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan System Unit bersaiz agak besar. Hal ini rata-ratanya akan membuat anda runsing tentang di mana harus anda 'sorokkannya'. Solusinya, majoriti memilih untuk meletakkan CPU di tempat yang tidak kelihatan seperti di bawah meja atau di sebalik langsir. Dengan berbuat demikian, anda secara tidak langsung telah menghalang aliran udara yang diperlukan oleh CPU untuk berfungsi dengan baik. Aliran udara dari System Unit yang sepatutnya mengalir dengan lancar akan terkepung di bawah meja atau di dalam fabrik langsir. Akibatnya, CPU anda kini berisiko untuk overheat dan ini akan seterusnya menganggu kadar kefungsian yang memuaskan. Oleh itu, cepat-cepat alihkan CPU anda di bawah meja ke tempat yang lebih terbuka kerana ia sangat memerlukan sistem penyejukan yang efektif.



3. Tidak Menitikberatkan Software Yang Anda Miliki

Bagi memastikan Operating System kita berfungsi dalam jangka masa yang berpanjangan, 'rawat' lah sistemnya. Apa yang boleh dipraktikkan adalah:

i. Ambil tahu software apa yang telah di-install dalam PC atau laptop anda. Seelok-elokknya, singkirkanlah program yang anda tidak perlukan.

ii. Ringan-ringankan tangan untuk membersihkan registry komputer dan buang temporary files atau duplicates (file yang sama).

iii. Sebolehnya, gunalah original driver yang serasi dengan sistem komputer anda


terakhir sekali dan yang paling penting,


iv. Selalu lah scan komputer anda menggunakan anti-virus agar file-file asing dan tidak berguna boleh disingkirkan dari simpanan anda.



4. Menggunakan Mod Sleep Atau Hibernation Ketika Membawa Laptop Keluar...Untuk Waktu Yang Lama

Tahukah anda, mod sleep atau hibernation hanya sesuai digunakan sekiranya anda berada di rumah atau ketika anda tidak mahu membuang masa menunggu laptop anda untuk reboot setelah membiarkannya OFF sebentar. Namun, kedua-dua mod ini tidak sesuai diaplikasikan sekiranya anda mahu membawa laptop anda keluar berjalan jauh. Contohnya ketika dalam perjalanan ke pejabat ataupun ketika pulang ke kampung halaman. Ini adalah kerana sifat laptop sendiri yang tidak mampu mengawal pergerakan aktif. Mungkin anda biasa melihat penggodam dalam filem seperti Fast & Furious begitu tenang menggunakan laptop di dalam kenderaan yang laju, namun itu hanyalah lakonan semata-mata. Realitinya, ia boleh mengakibatkan kerosakan yang serius pada software anda.



5. Mendedahkan Skrin Komputer Langsung Kepada Cahaya Matahari

Satu perkara yang tidak disukai kedua-dua laptop dan desktop adalah: cahaya matahari. Selain boleh menyumbang kepada overheating, sinar cahaya matahari sebetulnya boleh merosakkan paparan skrin anda. Jika anda berterusan 'menjemur' laptop di bawah cahaya mentari Malaysia yang terik ini, siap sedialah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada paparan yang terang dan warna yang pekat pada skrin anda.


Haa...jadi bagaimana? Adakah anda biasa melakukan perkara-perkara yang disebut di atas? Jika ya, lebih baik anda ubah tabiat tersebut sebelum laptop anda akan lebih parah!


***

“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.

Jom lihat sini untuk feedback dari pelanggan RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Walk-in : Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672 (https://repairbossku.wasap.my/)

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur


Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

16 views0 comments