Search
  • RepaiRBossku

5 Penyelesaian Untuk Skrin ‘Bergoyang’

Updated: Sep 20


Gangguan pada paparan skrin sememangnya akan memberi impak pada penggunaan harian kita. Salah satu isu yang boleh dikategorikan sebagai umum adalah skrin yang bergoyang atau ‘shaky’. Sekiranya terjadi, anda semestinya akan merasa jengkel dan lama-kelamaan boleh menyebabkan anda sakit mata dan juga kepala. Sebelum masalah ini terus menghantui anda, RepaiRBossku akan menyenaraikan penyelesaian yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.


Tetapi, sebelum kita telusuri penyelesaian, eloklah kita fahami terlebih dahulu apakah punca kepada skrin bergoyang ini.


Jadi, apakah punca lazimnya?


Ketidakserasian Aplikasi

Menjadikan PC atau komputer riba anda sebagai ruangan digital peribadi semestinya tidak lengkap tanpa memuat turun aplikasi dan program kegemaran anda. Namun sayang, barangkali ada perisian yang komputer anda tidak mampu untuk kendalikan dek kerana spesifikasi yang tidak bersesuaian. Akibatnya, skrin anda akan mula bergoyang.


Untuk mengenalpasti aplikasi apa yang bertanggungjawab, anda hanya perlu ikuti 3 langkah mudah di bawah (bagi pengguna Windows):


1. Buka ‘Task Manager’ dengan menggunakan cara ringkas CTRL + ALT + DEL, dan pilih ‘Task Manager’.


Tips: Anda juga boleh buka Task Manager dengan menggunakan right-click pada taskbar.


2. Setelah membuka ‘Task Manager’, perhatikan sekiranya skrin anda masih bergoyang. Jika keseluruhan skrin bergoyang KECUALI ‘Task Manager’, maka anda mempunyai aplikasi yang tidak serasi dengan komputer.


3. Seandainya ‘Task Manager’ turut bergoyang, komputer anda sedang berdepan dengan isu lain.


‘Display Driver’ Yang Sudah Ketinggalan

Kemaskini perisian Windows memang amat umum untuk diketepikan, lebih-lebih lagi bila anda sudah tahu ia tidak akan memakan masa yang sekejap.


Namun tahukah anda, mereka yang mempunyai tabiat menggunakan ciri ‘Sleep’ berbanding ‘Shut Down’ lebih cenderung untuk memiliki ‘driver’ yang ketinggalan zaman?


Sambungan Wayar Longgar Atau Rosak

Berbentuk seperti kerang yang boleh dibuka dan ditutup, laptop semestinya menjadi sebuah komputer mudah alih yang boleh dibawa dan diguna di mana jua anda berada. Akan tetapi, sedikit kekasaran (sama ada sengaja atau pun tidak) ketika mengendalikan komputer riba boleh meninggalkan kesan pada kegunaan harian anda.


Wayar yang menyambungkan skrin dengan rangka bawah laptop anda boleh menjadi longgar atau rosak dan ini akan menyebabkan skrin mula bergoyang atau berkelip-kelip. Bagi mengecam sekiranya masalah skrin anda datang dari sambungan yang longgar atau rosak, cuba naik dan turunkan skrin anda secara berhati-hati dan lihat jika ada sebarang perubahan.


Kabel skrin yang longgar atau rosak, ‘inverter’ atau ‘backlight’ adalah dalang utama sekiranya telah terbukti bahawa sambungan wayar laptop anda bermasalah.


Baik, sekarang kita sudah tahu apakah punca-punca lazim bagi skrin yang ‘shaking’. Sekarang jom kita teruskan dengan jalan penyelesaiannya!


Solusi 1 – Laraskan Semula Tetapan Display

Bagi pengguna Windows 10, anda boleh cuba selesaikan skrin anda yang bergoyang itu melalui tetapan komputer anda sahaja. Caranya mudah, pergi ke 'Settings', tekan 'Display' dan cari 'Resolutions'.

Pilih resolusi yang berlainan dari yang sedang anda gunakan dan perhatikan jika terdapat perbezaan selepas anda mengubah tetapan ini.


Solusi 2 - Periksa Data Skrin Dan "Power Cable" (Bagi Monitor)

Seperti yang kita baca di atas tadi, skrin bergoyang berlaku mungkin juga disebabkan sambungan wayar anda yang bermasalah.


Periksa dengan teliti setiap kabel dan jika terdapat yang longgar, ketatkan dan lihat jika ia memberi sebarang perubahan pada skrin anda. Sekiranya anda ada kabel lebih, itu lebih baik! Cuba gantikan wayar sedia ada dengan wayar ekstra itu pada sambungan yang sedia ada.

Solusi 3 - "OFF" Perkakas Elektronik Yang Berkongsi Suis Dengan Komputer

Adakah laptop atau PC anda berada berhampiran, atau berkongsi suis dengan alat elektronik lain seperti microwave atau radio?


Jika iya, tutup alatan elektronik tersebut satu demi satu. Ini bertujuan untuk mengetahui mana satu alat yang mengganggu skrin laptop atau PC anda. Mengapa begitu?

Untuk pengetahuan anda, sesetengah alat elektronik mempunyai frekuansi yang boleh mengganggu kualiti skrin komputer. Lebih-lebih lagi jika skrin anda bergoyang dalam kadar masa yang rawak.


Solusi 4 - Kemaskini "Video Driver"

Seperti yang diperkatakan tadi, ‘driver’ lama yang tidak dikemaskini boleh mengakibatkan resolusi gambar merosot, sambungan internet bermasalah dan akhir sekali, skrin komputer bergoyang.

Oleh itu, jika anda sedang hadapi isu ini, kemaskini lah ‘video driver’ anda. Untuk ketahui cara mendapatkan kemaskini bagi pengguna Windows, klik sini. Untuk MacOS pula, tekan sini. Pastikan anda kemaskini dari website yang betul dan dipercayai ya!


Solusi 5 - Rujuk Kepada Pakar Di RepaiRBossku

Sudah cuba kesemua tips tetapi masih tidak membuahkan hasil? Pintu RepaiRBossku sentiasa terbuka untuk anda. Kunjungi kedai kami yang buka setiap hari (kecuali Sabtu) dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk informasi di bawah.

Adakah entri ini membantu anda? Jika ya, tinggalkan komen anda di bawah dan jangan lupa untuk klik 3 titik di atas kanan untuk kongsi entri ini bersama keluarga dan rakan anda juga!

“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala

Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku


12 views0 comments