Search
  • RepaiRBossku

5 Perkara Akan Berlaku Kalau Anda Tak Shut Downkan Laptop Anda Betul-betul?


Kebanyakan orang pandai dan tahu cara untuk tutup lampu, tutup dan kunci pintu ataupun semudah tutup TV. Mereka pandai untuk bangun dan tekan suis, pusing kunci untuk kunci pintu atau tekan power button pada butang remote TV. Mereka boleh ingat setiap step untuk itu, tetapi masih ramai diantara pengguna laptop atau computer, mereka seperti tak boleh ingat cara mudah untuk shut downkan laptop atau pc mereka.


Sekiranya anda bekerja di pejabat yang menggunakan laptop untuk kerja, sekali sekala sebelum balik cuba ambil masa untuk berjalan di sekitar meja orang lain. Anda akan dapati ada orang yang tak tutup laptop atau computer mereka. Setuju?


Shutdown adalah proses yang sangat senang dan simple. Apa yang anda boleh lakukan adalah anda pergi ke Start button, kemudian tekan pada Power, dan pilih Shutdown. Senang kan? Namun, sekiranya anda perasan, untuk tutup laptop atau PC, ia akan memakan masa yang sedikit lama. Itu belum kira waktu menunggu kalau laptop atau PC kena update lagi. Fuh, lama kan?

Ia tak macam lampu yang terus off bila tekan suis, tak macam pusingkan kunci dan pintu terus terkunci, tak macam TV yang terus padam bila kita tekan power button.


Kalau anda mempunyai SSD (Solid State Drive) laptop boleh laju waktu buka dan tutup tapi itupun kalau tiada masalah pada hardware atau komponen yang lain. Dan ada juga yang mengatakan kalau macam ni baik kita boleh tekan power button lama-lama dalam 5 saat atau tutup je terus suis laptop atau desktop kita. Lagi cepat kan? Dari kena tunggu lama-lama, jadi 5 saat je, siapa je yang tak suka laju-laju ni?


Kenapa ya laptop dan computer mengambil masa yang lama untuk OFF?


Ini adalah sebab yang sama bagi ramai orang jadi malas nak OFF laptop betul-betul. Jadi, untuk membuatkan anda lebih faham kepentingan menutup laptop dan computer dengan betul , anda perlu tahu kenapa laptop dan computer ambil masa yang lama untuk OFF.


Sebenarnya, apabila anda shut down pada laptop atau PC, ada beberapa proses yang penting yang perlu dilalui laptop/PC. Laptop atau PC sudah direka dengan prosedur untuk melindungi data atau files anda. Laptop dan computer secara automatic akan mengeluarkan arahan soalan untuk meminta anda simpan data anda. Selalunya soalan Do you want to save this file? Anda harus menekan butang samada YES atau NO. Selagi arahan itu tidak diterima, laptop anda tidak akan shut down.


Selain itu juga, apabila kita sudah menekan butang shut down, proses yang berlaku adalah operating system kita akan mula memberikan arahan kepada program-program yang sedang berjalan untuk wrap up, atau closing time.


Kita cerita dalam bahasa yang lebih mudah, ianya seperti kita owner kedai memberikan arahan kepada manager kita (Operating System), untuk tutup kedai kita. Bayangkan ketika itu, ada ramai pekerja yang sedang buat kerja, mungkin tengah layan customer, tengah buat akaun, tengah buat proposal contohnya. Jadi Manager ini bertanggungjawab untuk memberi arahan kepada semua pekerja dibawah dia, untuk buat closing time. Habiskan last kerja yang perlu dihabiskan atau disambung pada esok hari. Contoh pekerja jualan yang terima arahan untuk tutup akan start habiskan perbualan dengan pelanggan, cashier start kira semua duit dan tutup cash register, yang mana tengah buat proposal mungkin akan save fail dan start berkemas-kemas. Semua ini perlukan sedikit masa yang kita panggil closing time.

Sama juga seperti dalam keluarga, ibu bapa yang menyuruh anaknya tidur malam. Sebelum tidur mungkin ada proses gosok gigi dulu, baca buku cerita dulu, minum susu dulu. Macam tu lah. Operating System kita atau Windows kita akan memberi signal kepada program-program yang sedang berjalan, jadi semua program ini akan meminta anda untuk pastikan semuanya dah siap disimpan sebelum program tersebut dimatikan.


Ada 5 perkara yang berisiko akan berlaku sekiranya kita tak shut downkan laptop betul-betul.


1. Data yang belum disimpan akan hilang selamanya.

Sekiranya anda menekan power button 5 saat untuk paksa laptop anda tutup cepat, anda berisiko untuk hilang data yang anda tak tekan butang save lagi. Iya, memang ada autosaved system pada fail tetapi selalunya ia tak boleh bergantung harap sangat. Jadi tak hairanlah kalau data tu memang tiada langsung disimpan dalam laptop/PC anda bila anda cuba buka balik. Bayangkan anda dah tulis atau buat sesuatu kerja yang penting dan hampir siap tiba-tiba ia hilang begitu sahaja.


2. Kerosakan data sudah disimpan pada HDD/Hard Disk

Tahukah anda bahawa HDD atau Hard disk mempunyai internal movement atau pergerakan dalaman yang bergerak, ianya seperti pemain cakera padat yang antic. Setiap pergerakan itu dikira satu lap dalam bacaan data, jika anda membuat force shut down, jarum bacaan data itu akan terhenti secara tiba-tiba tanpa habiskan lap tersebut, dan ia akan menyebabkan bad sector dalam HDD.


Bad sector ini maksudnya data lama yang disimpan mungkin tidak dapat dibaca atau corrupted. Anda mungkin bukan sahaja merosakkan data yang sedang ditulis tetapi anda mungkin juga merosakkan data lain yang telah disimpan. Sebab itu amat bahaya sekali untuk tutup laptop tanpa prosedur yang betul.

3. Kerosakan pada hard disk.

Force Shut Down akan membahayakan hard disk anda, seperti point nombor 2 yang dinyatakan di atas, sekiranya perkara itu berlaku berulang kali dan bad sector yang banyak akan sekaligus merosakkan hardisk anda. Apa gunanya simpan data tapi lepas tu tak dapat dibaca betul tak?

Kalau anda tidak sanggup menunggu lama, saya sarankan untuk anda pastikan battery laptop dicharge 100% supaya battery laptop masih boleh tahan untuk tunggu updates berjalan. Atau anda boleh plug in kepada UPS atau unit power supply yang boleh backup untuk elektrik sekiranya berlaku gangguan elektrik secara tiba-tiba.


4. CheckDisk (ChkDsk) message kerap keluar

Error message CheckDisk sentiasa keluar apabila laptop atau PC tidak ditutup dengan sempurna. Ia memberi report kepada kita berapa data yang dah disimpan, dah rosak dan sebagainya. Selalunya apabila keluar error message seperti ini, bermaksud hard disk anda sudah rosak.


5. Kerosakan pada file Windows yang menyebabkan anda tak boleh masuk ke Windows.

Pernah tak bila anda hendak shut down, laptop macam ambil masa berjam-jam untuk tutup kerana tengah installing updates? Berlatarbelakangkan biru siap ada amaran jangan power off atau tutup plug ketika update sedang berlangsung. Ini amat penting! Anda jangan sekali-kali update dan malas tunggu laptop atau PC betul-betul shut down. Ada sebab amaran jangan tutup itu dipaparkan.


Sekiranya anda force laptop untuk shut down pada waktu installing updates, perkara yang lebih buruk berlaku apabila, keesokan hari anda tak boleh masuk Windows laptop anda. Anda akan mengalami masalah software error yang langsung tak dapat masuk windows. Dengan kata lain, tak dapat buat kerja guna laptop tu. Dan untuk buat balik software laptop juga memakan masa dan wang.


Tapi kalau laptop saya hang, freeze dan stuck, macam mana?


Sekiranya laptop anda berlaku seperti ini, anda cuma ada pilihan untuk force shut down. TETAPI, selepas itu terus bawak pergi jumpa specialist IT. Laptop anda hang, freeze atau stuck adalah tanda jelas yang menunjukkan laptop anda sedang bermasalah.


Dah tahu kenapa kita kena shut downkan laptop/PC betul-betul? Atau anda menghadapi masalah dengan laptop anda dan anda mencari servis baiki laptop anda?


RepaiRBossku menyediakan servis membaiki laptop dan handphone di Seksyen 1 Wangsa Maju berdekatan dengan Setiawangsa. RepaiRBossku juga menyediakan servis software dan hardware yang lain seperti penukaran skrin, repair hinge atau engsel laptop dan software installation. RepaiRBossku adalah syarikat Bumiputera dan Muslim yang menjalankan perniagaan repair laptop dan handphone di area Taman Melawati, Wangsa Maju.


“You Deserve A Boss Service”


Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.

Jom lihat sini untuk feedback dari pelanggan RepaiRBossku.


Anda nak tanya-tanya dulu? Boleh je, Tim RepaiRBossku sedia menjawab pertanyaan anda di sini.

Klik sini untuk bertanya soalan: https://m.me/repairbossku


Atau anda boleh walk in terus ke:

RepaiRBossku | Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon / WhatsApp : +6013-2495672 | https://repairbossku.wasap.my/

IG/Facebook : @repairbossku


Alamat :

No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Ahad -Jumaat)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

0 views

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now