Search
  • RepaiRBossku

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk beli laptop bajet/secondhand.

Tahun 2019 adalah tahun yang mana teknologi bergerak dengan pantas atau terlalu pantas. Seperti yang kita lihat, pada masa kini setiap software, aplikasi program serta model baru teknologi sentiasa update hampir setiap hari. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap teknologi adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Kalau dulu, kita masih lagi boleh berkira-kira untuk membeli alat teknologi namun sekarang penggunaan cara lama atau old school bakal membuatkan kita kelihatan ketinggalan.


Kalau dahulu, kita masih boleh lihat orang yang bekerja di ofis masih menggunakan dokumen atau buku log untuk mencatat data. Tetapi sekarang, sekurang-kurangnya setiap pekerja memerlukan satu laptop untuk menyelesaikan satu-satu pekerjaan. Permintaan laptop semakin meluas bukan hanya menfokuskan kepada orang yang bekerja sahaja, malah pelajar sekolah juga memerlukan laptop atau komputer sekurang-kurangnya.


Oleh itu, boleh dikatakan laptop menjadi satu keperluan untuk orang yang bekerja dan belajar. Bagi usahawan atau pemilik bisnes juga perlu menyediakan kemudahan laptop dan komputer untuk pekerja mereka. Dulu, laptop adalah antara barang yang mahal untuk dibeli, namun kini ramai yang menawarkan pembelian laptop second hand atau laptop bajet. Ini kerana, kos laptop jauh lebih murah dan masih boleh digunakan untuk kerja-kerja di pejabat.


Laptop second hand atau laptop bajet tiada masalah sekiranya anda tahu memilih laptop yang mempunyai kualiti yang agak bagus. Biasanya harga laptop bajet atau secondhand ini di antara RM 400-RM 3000 mengikut spesifikasi yang berlainan. Ini 5 tips dari RepaiRBossku untuk anda pilih laptop bajet.


1. Kenal pasti apa yang anda nak buat untuk laptop itu


Perkara ini memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan laptop bajet anda. Sebagai contoh, anda mahu beli laptop bajet untuk kegunaan anak anda yang baru sahaja melanjutkan pelajaran ke University. Namun, apa yang anda perlu tahu adalah anak anda akan menggunakan laptop untuk buat assignment, assignment apa? Typing atau menaip assignment sahajakah atau memerlukan penggunaan software yang lebih terkini dan berat seperti adobe photoshop kerana course design yang diambilnya.


Bagi yang sudah bekerja, atau pemilik bisnes yang memerlukan laptop untuk kegunaan pejabat, anda perlu kenal pasti apakah tugas pekerja yang akan pakai laptop itu. Sebagai contoh sekiranya pekerja itu pekerja yang terlibat dalam video grapher atau graphic design, spesifikasi laptop yang tinggi lebih diperlukan.

2. CPU/ Central Processor Unit

Haruslah diingatkan bahawa semestinya laptop yang murah tidak akan mempunyai high performance operating system/processor. Kebanyakan laptop bajet akan menawarkan processor seperti Intel Pentium, Intel Core 2 Duo, Intel Celeron. Namun, untuk kegunaan pejabat atau biasa, processor ini boleh dikategorikan dalam kategori puas hati. Ia adalah suatu bonus hebat kalau anda dapat laptop bajet yang menawarkan harga rendah dengan processor seperti Core i3 atau Core i7.


3. RAM/ Random Access Memory


RAM Access Memory

Laptop bajet selalunya menawarkan RAM yang lebih rendah seperti 2GB, RAM seperti ini masih mampu menampung kegunaan pada satu-satu masa untuk laptop. Tetapi, sekiranya anda mahu multitask, adalah lebih bagus untuk amik RAM minimum 4GB ke atas.


4. Kenal pasti apa kerosakan sebelum ini

Perkara ini amatlah membantu anda untuk buat keputusan dengan lebih bijak sekiranya anda ingin membeli laptop second hand atau laptop bajet. Ambil tahu apakah kerosakan sebelum laptop itu dijual balik. Kerosakan yang boleh anda tolak ansur adalah seperti bateri laptop rosak, anda masih lagi boleh menggunakan kabel laptop, atau kerosakan seperti touchpad rosak, masih lagi ada pilihan untuk gunakan tetikus/mouse.


Tips dari RepaiRBossku adalah, sekiranya kerosakan sebelum ini melibatkan graphic card dan ia sudah dibetulkan adalah lebih baik untuk anda tidak beli laptop tersebut. Kalau kerosakan sebelum ini adalah sebab laptop masuk air, adalah lebih baik untuk anda minta untuk tengok bahagian dalam laptop tersebut. Kalau sekadar fungus dan boleh dicuci, okay lagi. Tetapi, kalau anda lihat banyak tampalan soldering pada motherboard, batalkan sahaja niat anda untuk beli laptop tersebut.


5. Tahun berapa model laptop itu dikeluarkan


Setiap peralatan elektronik seperti laptop biasanya dikeluarkan mengikut permintaan dan keperluan pada zaman itu. Meskipun teknologi sekarang bergerak pantas, masih lagi terdapat laptop bajet yang masih relevant atau sesuai dengan keperluan asas masa kini. Tips penting dari RepaiRBossku adalah anda kena pastikan laptop bajet itu bukanlah model yang terlampau lama, sekurang-kurangnya 7 tahun yang lalu dari tahun ini. Contohnya untuk tahun ini 2019, model laptop tahun 2012 ke atas masih bersesuaian dengan kehendak asas kegunaan laptop sekarang.

Sungguhpun demikian, sekiranya anda menjumpai laptop yang mempunyai high spesifikasi yang sedikit tinggi seperti, sudah upgrade SSD walaupun processornya hanyalah Intel Pentium. Ia merupakan tangkapan menarik sebagai laptop bajet atau second hand.


Dah tahu tips untuk beli laptop bajet atau second hand? Anda masih mencari servis baiki laptop anda?


RepaiRBossku menyediakan servis membaiki laptop dan handphone di Seksyen 1 Wangsa Maju berdekatan dengan Setiawangsa. RepaiRBossku juga menyediakan servis software dan hardware yang lain seperti penukaran skrin, repair hinge atau engsel laptop dan software installation. RepaiRBossku adalah syarikat Bumiputera dan Muslim yang menjalankan perniagaan repair laptop dan handphone di area Taman Melawati, Wangsa Maju.


“You Deserve A Boss Service”


Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.

Jom lihat sini untuk feedback dari pelanggan RepaiRBossku.


Anda nak tanya-tanya dulu? Boleh je, Tim RepaiRBossku sedia menjawab pertanyaan anda di sini.

Klik sini untuk bertanya soalan: https://m.me/repairbossku

Atau anda boleh walk in terus ke:

RepaiRBossku | Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon / WhatsApp : +6013-2495672 | https://repairbossku.wasap.my/

IG/Facebook : @repairbossku


Alamat :

No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Ahad -Jumaat)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

1,365 views

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now