Search
  • RepaiRBossku

5 Simptom Anda Telah Di-‘Hack’!



Jenayah siber bukan lagi isu yang asing di masa kini. Disebabkan itu, anda sebagai pemilik laptop, komputer, mahupun telefon pintar haruslah sentiasa cakna dengan sebarang perubahan yang berlaku di dalam gajet anda. Kegagalan untuk berbuat demikian kemungkinan besar akan menyebabkan data anda dicerobohi dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Silap haribulan, keselamatan anda turut berada ibarat telur dihujung tanduk hanya kerana kealpaan anda sendiri.


Ingin tahu apakah simptom bahawa anda telah digodam? Mari lihat penerangan di bawah!


  1. Antivirus Anda OFF Dengan Sendirinya

Aplikasi Antivirus agak susah untuk diberhentikan dari beroperasi kerana ia mempunyai Protokol Keselamatan yang ketat. Sekiranya anda berhasrat untuk berbuat demikian, aplikasi tersebut akan bertanya sekurangnya 2 ke 3 kali sama ada anda benar-benar pasti untuk OFF aplikasi tersebut. Justeru, ia mustahil untuk mengatakan anda secara tidak sengaja OFF Antivirus di komputer anda.


Perkara pertama yang akan dilakukan oleh penggodam adalah menutup atau OFF Antivirus anda – bagi menyembunyikan pencerobohan yang mereka akan lakukan. Oleh itu, untuk menjadi pengguna yang

bijak, setelah anda mendapat notifikasi bahawa Antivirus anda telah ditutup, cepat-cepat ON

semula aplikasi tersebut.




2. ‘Warning’ Palsu Dari Antivirus

Sekiranya anda menerima ‘warning’ yang tidak biasa anda lihat, kemungkinan besar sistem anda telah dicerobohi.


Anda terima notifikasi tentang Antivirus baru yang tiba-tiba di-install tanpa pengetahuan anda?


Ini juga salah satu tanda ada penggodam yang telah masuk ke dalam komputer anda. Namun, sebelum anda panik, pastikan anda semak dahulu sama ada Antivirus ‘baru’ itu rupanya adalah Antivirus sedia ada yang telah menjalani kemaskini terbaru.




3. Password’ Tidak Boleh Digunakan


Kata laluan Facebook anda tidak dapat digunakan secara tiba-tiba? Anda pula yakin tiada siapa yang telah menukarnya kepada kata laluan yang baru. Ya, ini juga adalah isyarat bahwa anda telah digodam.


Akan tetapi dengan kecanggihan aplikasi kini, anda boleh mengemaskini kata laluan lama anda

dengan menggunakan butang ‘forget password’. Setelah itu, pemaju aplikasi akan menghantar anda kod unik ke nombor telefon atau emel yang membenarkan anda untuk reset semula kepada kata laluan yang baru. Sekiranya anda menghadapi situasi begini, anda sangat disarankan untuk turut mengemaskini kata laluan untuk aplikasi lain yang tidak terlibat sebagai langkah berjaga-jaga.


Turut diingatkan untuk menghubungi atau memberitahu rakan-rakan anda supaya tidak membuka apa-apa mesej atau pautan yang telah dihantar menggunakan akaun anda ketika situasi ini berlaku.



4. Ikon Baru Tiba-Tiba Muncul Di Browser Dashboard

Jika anda perasan terdapat icon yang tidak pernah anda lihat berada di browser (e.g. Google Chrome) anda, jangan sesekali cuba untuk membukanya. Ini kerana ia akan memudahkan ‘kerja’ penggodam yang telah meletakkan icon itu di browser anda. Sebaliknya, buang atau delete ikon atau aplikasi tersebut dari komputer anda.


Jika anda mengalami kesukaran untuk berbuat demikian, rujuki lah pakar komputer yang berdekatan.


5. Kursor Tetikus Bergerak Sendiri

Bertenang, komputer anda tidak berhantu. Sebaliknya, ia adalah bukti bahawa seseorang telah memasuki sistem anda tanpa kebenaran. Ia juga membuktikan bahawa penggodam tersebut sedang melakukan sesuatu di desktop anda.


Apa yang patut dilakukan adalah; tutup talian internet anda serta merta. Maksud tutup disini adalah dengan OFF router atau wayar ethernet anda dari komputer sementara menunggu bantuan dari pakar IT yang telah anda hubungi.



Diingatkan bahawa dunia digital kini semakin canggih, maka cara untuk mencerobohi atau mencuri data anda telah menjadi lebih kreatif dan hampir tidak dapat dikenalpasti tanpa ilmu. Oleh itu, diharapkan anda dapat memperolehi sesuatu dari entri RepairBossku kali ini.


***

“Accelerating Technology” itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang telah berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Walk-in : Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa

Maju

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672 (https://repairbossku.wasap.my/)

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur


Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

3 views0 comments

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now