Search
  • RepaiRBossku

5 Tanda Keyboard Anda Perlukan Perhatian. Kedai Baiki Keyboard Laptop di Keramat.


Sekiranya anda pengguna laptop tegar, keyboard adalah salah satu komponen penting dalam sesebuah laptop atau computer. Sekiranya keyboard rosak sudah tentu ia akan menjadi masalah besar ketika hendak menggunakan keyboard. Keyboard laptop adalah salah satu komponen sensitive dan mudah untuk rosak sekiranya tidak digunakan dengan cermat. Sebagai contoh, dengan sekali tekanna manja sahaja, anda mampu menaip di computer tanpa perlu menaip seperti mesin taip yang memerlukan tenaga kuat dalam menekan butang keyboard.


Walaubagaimanapun, untuk membaiki laptop tidaklah terlalu susah, ianya mudah untuk ditukar. Biasanya keyboard laptop dihubungkan dengan wayar penghubung sahaja di motherboard laptop. Ianya bagaikan papan yang nipis sahaja sekiranya dikeluarkan dari laptop. Namun, terdapat beberapa model laptop yang memerlukan perkhidmatan yang rumit untuk mengganti keyboard laptop, seperti laptop yang nipis selalunya memerlukan kita untuk buka hampir semua motherboard dan bahagian laptop untuk mengganti keyboard baru. Untuk laptop jenis ini, boleh dikatakan rumit dan susah, dan charge yang dikenakan selalunya akan sedikit tinggi.


Terdapat sesetengah pengguna laptop cenderung menggunakan keyboard USB sekiranya keyboard mereka rosak. Ia juga adalah satu alternative sekiranya anda ingin berjimat atau tiada bajet untuk tukar keyboard baru. Kebiasaannya keyboard laptop baru berharga lebih dari RM 200++, manakala keyboard USB boleh didapati dalam lingkungan RM 25-35 sahaja.


Kali ini, RepaiRBossku ingin mendedahkan 5 tanda keyboard anda perlukan perhatian. Nampaknya bukan setakat laptop sahaja perlukan perhatian, keyboard laptop juga begitu. Sebelum keyboard anda rosak, biasanya ia akan mengeluarkan atau terjadinya simptom atau tanda-tanda yang ia nak rosak.


Tanda-tanda utama keyboard laptop rosak


1. Laptop berbunyi beep

Sekiranya anda mendengar bunyi beep berulang kali ketika ON laptop, ia adalah satu warning atau tanda keyboard bermasalah. Kadang-kadang, bunyi beep itu tidak akan berhenti sehingga anda sudah masuk windows (sudah berada di desktop display). Ada juga kemungkinan laptop berbunyi tapi skrin tidak menunjukkan apa-apa, gelap sahaja.


2. Huruf keluarrrrrrrrrr berulang kali


Selain dari itu, antara tanda awal sebelum laptop berbunyi beep, anda mungkin akan mengalami masalah ketika menaip, walaupun anda hanya menekan sekali sahaja tetapi huruf tersebut keluar berulang kali seperti deretan huruf seperti ini rrrrrrrrrrrrrrr. Dan apabila laptop anda sehingga tahap berbunyi beep, kebiasaannya keyboard laptop sudah tidak berfungsi lagi dan tukar keyboard laptop adalah satu cara yang tinggal.


3. Butang keyboard tidak boleh berfungsi dengan baik


Ini adalah masalah yang agak popular, butang keyboard tidak mengeluarkan sebarang huruf dan walaupun ditekan beberapa kali. Ianya sering berlaku pada satu, dua atau tiga huruf yang tidak berfungsi. Anda tentu paling stress sekiranya yang tidak berfungsi itu huruf vowels.Dalam keadaan seperti ini, kebanyakan pengguna laptop berfikir dia boleh ganti butang pada huruf tertentu sahaja, sudah tentu tidak. Selalunya, satu-satu cara adalah menggantikan seluruh keyboard baru. Tiada supplier yang menjual satu butang pada keyboard tau.


Ada keadaan bila mana anda tekan huruf lain, keluar dua huruf lain seperti anda tekan butang A tapi yang keluar huruf SD. Selalunya anda takkan perasan, ralit menaip tanpa melihat keyboard, tiba-tiba keluar pula huruf lain, bila padam balik dan kali ini anda tekan dengan melihat keyboard, perkara yang sama berlaku sekali lagi. Aduh, ia memang boleh buatkan anda stress.


4. Butang keyboard tersangkut

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda masih ada harapan untuk baiki keyboard laptop anda. Punca kenapa butang keyboard boleh tersangkut selalunya disebabkan samada butang tersebut melekat kerana getah yang berada di bawah keyboard sudah haus atau kemungkinan keyboard anda kotor atau berdebu sehingga menyekat butang keyboard anda. Kedua-dua perkara ini boleh dikenal pasti dengan membuka keyboard tersebut, pastikan anda dapatkan tim yang expert seperti di RepaiRBossku untuk buka keyboard laptop anda.


5. Butang keyboard tercabut


Tahukah anda bahawa keyboard computer dan keyboard laptop tidak sama? Sebagai contoh, butang keyboard computer yang tercabut boleh dipasang semula tetapi tidak pada butang keyboard laptop. Sekalipun jika ia tercabut dan anda berjaya pasang balik, ia takkan kembali elok seperti asal.


RepaiRBossku Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Keramat Yang Terbaik Anda mempunyai masalah keyboard laptop anda butang tercabut? keyboard laptop anda rosak? keyboard laptop anda ada butang tak boleh tekan? RepaiRBossku mempunyai pakar baiki masalah keyboard laptop anda dan juga membekalkan keyboard yang berkualiti untuk anda. RepaiRBossku baiki depan mata, tak perlu tinggalkan laptop anda .


RepaiRBossku menyediakan servis membaiki laptop dan handphone di Seksyen 1 Wangsa Maju berdekatan dengan Setiawangsa. RepaiRBossku juga menyediakan servis software dan hardware yang lain seperti penukaran skrin, repair hinge atau engsel laptop dan software installation. RepaiRBossku adalah syarikat Bumiputera dan Muslim yang menjalankan perniagaan repair laptop dan handphone di area Taman Melawati, Wangsa Maju.


“You Deserve A Boss Service”


Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.

Jom lihat sini untuk feedback dari pelanggan RepaiRBossku.


Anda nak tanya-tanya dulu? Boleh je, Tim RepaiRBossku sedia menjawab pertanyaan anda di sini.

Klik sini untuk bertanya soalan:https://m.me/repairbossku


Atau anda boleh walk in terus ke:

RepaiRBossku | Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon / WhatsApp : +6013-2495672 | https://repairbossku.wasap.my/

IG/Facebook : @repairbossku


Alamat :

No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Ahad -Jumaat)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

488 views

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now