Search
  • RepaiRBossku

6 Aksesori PdPR Yang WAJIB Cikgu Ada!


Post kali ini khas ditujukan untuk barisan insan yang paling berbakti, barisan pendidik anak-anak kita untuk berjaya di masa hadapan. Sama seperti pengajaran secara berhadapan di dalam kelas, kelas di atas talian juga ada aksesori dan tips yang boleh digunapakai demi kualiti pengajaran yang bukan sahaja menarik, tetapi berkesan untuk anda dan anak murid di hadapan skrin mereka.

1. Laptop Berkualiti


Salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan ketika membeli laptop untuk kelas atas talian, atau bahasa ringkasnya PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) adalah saiz skrinnya. Menurut pasaran kini, anda berpeluang untuk memilih antara 13, 15 ataupun 17 inci lebar, bergantung pada tahap mobiliti kepada anda berserta bajet yang anda telah peruntukkan.


TIPS: Laptop yang berskrin lebar selalunya bernilai lebih tinggi.


Jika anda menjangkakan akan bekerja dari rumah lebih lama, anda dinasihatkan untuk memilih laptop yang berskrin lebih luas bagi visual yang lebih jelas dan efektif. Mengalihkan laptop sebegini tidak akan menimbulkan isu kerana anda tidak bergerak banyak di rumah. Tetapi, sekiranya anda bakal menggunakan laptop untuk tujuan lain atau anda gemar menukar suasana mengajar, skrin yang sederhana adalah untuk anda.



Saiz simpanan data turut menjadi keutamaan guru untuk mengajar di atas talian. Jika boleh, pilihlah Solid State Drive (SSD) berbanding Hard Disk Drive (HDD) kerana ia mengurangkan boot speed, risiko untuk rosak rendah dan SSD juga tidak memerlukan degrafmentation seperti HDD. Tambahan, anda juga sangat digalakkan untuk membuat sandaran data (data backup) di cloud storage (contoh: Google Drive, Dropbox, dsb.) untuk mendapatkan perlindungan maksimum dari sebarang isu teknikal.



Terakhir sekali untuk laptop PdPR yang berkualiti, adalah processor. Skrin yang luas dan jenis simpanan data tidak mampu memberikan anda pengalaman pengajaran atas talian yang terbaik kerana kelas sebegini memerlukan proses yang berkelajuan tinggi. Oleh itu, jangan meremehkan jenis processor laptop ya!



2. Internet Yang Stabil


Pengajaran di atas talian tidak bermakna tanpa capaian internet yang cemerlang. Internet yang kerap tersangkut (lagging) atau terputus dari talian akan mengakibatkan proses pembelajaran anda dan anak murid terbantut. Setidaknya, pastikan Internet anda mampu mengendalikan chatting secara langsung (live chatting) serta mampu untuk memuatnaik dokumen. Sekiranya anda inginkan kelas yang berkualiti tinggi atau “HD”, anda digalakkan untuk menggunakan Internet dengan bandwidth tinggi. Misalnya, 1.5+ Mb/s.



Jauh dari gangguan


Capaian anda boleh merudum jika terdapat gangguan lain juga tau. Antara yang biasa kita lihat di rumah adalah gelombang dari microwave, televisyen, radio, dsb. Untuk mengekang masalah ini, letakkan router anda jauh dari alat-alat elektronik.


Cable Ethernet & Rangkaian 3G/4G


Sekiranya capaian WiFi anda tidak memuaskan, masukkan cable Ethernet anda terus ke dalam port laptop. Ini kerana prestasi Internet berwayar adalah lebih memuaskan berbanding tanpa wayar. Alternatif lain juga adalah dengan beralih kepada rangkaian 3G atau 4G.


Internet Service Provider (ISP) Yang Stabil


Anda dinasihatkan untuk melanggan servis Internet yang dikenali di kawasan anda kerana ia cenderung untuk lebih laju dan dilengkapi dengan khidmat pelanggan yang lebih bermutu sekiranya terdapat masalah Internet.



3. Webcam


Webcam atau kamera yang tidak berkualiti “HD” boleh menghalang anda dari menjadi seorang guru atas talian yang digemari anak-anak. Lumrah pengajaran di alam maya, webcam adalah alat yang paling penting yang akan dicari untuk menjalankan PdPR. Tidak dapat dinafikan, kebanyakan laptop di pasaran sekarang telahpun dilengkapi dengan webcam yang semestinya boleh terus diguna untuk kelas “online” anda, tetapi ini tidak bermaksud anda tidak boleh mencuba yang berkualiti lebih baik, bukan? Jika anda mengangguk iya, mungkin anda boleh masukkan webcam jenis “peripheral” dalam cart anda.


Carilah webcam yang videonya beresolusi 720p dah keatas. Untuk info tambahan, anda memerlukan 15 fps (frame per second) untuk merekod suatu video. Oleh itu, frame yang bernilai 30 fps atau lebih baik 60 fps adalah sangat ideal untuk kualiti yang terbaik.


TIPS: Sediakan bajet yang lebih untuk webcam 60 fps kerana ia normalnya jarang dijual dengan harga murah.


Bagi jenama yang terbaik pula, Microsoft atau Logitech sering menjadi pilihan para pengguna webcam. Kedua jenama ini amat dikenali kerana kualiti dan ciri-cirinya yang lebih “standard” untuk digunapakai. Anda juga boleh menambah tripod sekiranya anda gemar berdiri semasa mengajar.


Namun jika anda mahu kelihatan lebih extra, DSLR seperti Canon atau Nikon turut boleh menggantikan webcam ketika mengajar tau! Dan selain DSLR, smartphone anda juga boleh disambungkan dengan laptop menggunakan aplikasi. Antara yang terbaik bagi Android adalah DroidCam Wireless Webcam, manakala untuk iOS pilihan yang terbaik adalah EpocCam.



4. Headset


Aksesori lain yang wajib setiap guru seperti anda dapatkan adalah sebuah headset yang bagus. Untuk pengetahuan anda selain resolusi video, kualiti suara memainkan peranan yang amat besar keatas kualiti kelas anda. Dengan headset yang jelas, guru boleh mendengar pelajar dengan baik, dan begitu jugalah sebaliknya.


Sepertimana aksesori lain, headset juga datang dengan pelbagai variasi. Di sinilah anda perlu fokus memilih mana satu yang paling bersesuaian. Antara ciri yang boleh dititikberatkan adalah:



Keselesaan


Headset yang besar mungkin popular terutama dalam kalangan pemain video tetapi ianya tidak ideal bagi PdPR. Ia berpotensi untuk mengalihkan fokus anak murid anda, atau anda sendiri sebagai pemakai akan berasa kurang selesa jika mengajar selama berjam-jam lamanya. Keselesaan haruslah menjadi ciri utama yang anda titikberatkan ketika memilih headset, jika tidak mahu mengendalikan kelas dalam keadaan tidak selesa.



Mikrofon


Kualiti skrin, video dan audio yang diterima sudah, kini tiba giliran mutu suara yang keluar dari mulut anda pula. Untuk PdPR, mikrofon berkualiti memuaskan sudah cukup bagi anda. Jika mampu, carilah mikrofon yang dilengkapi dengan ciri “noise-cancelling” kerana posisi mikrofon ini akan terletak betul-betul di hadapan mulut anda ketika bercakap. Berbeza dengan mikrofon “in-line” yang terletak pada wayar headset, ia lebih cenderung menghasilkan bunyi terutama jika anda terlanggar atas bergesel dengan baju ketika bercakap.



Bajet


Percaya atau tidak, anda mampu dapatkan headset yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. Sebab itu janganlah membuat keputusan keatas yang paling murah atas sebab harga semata. Melainkan anda ada sebab peribadi yang kukuh.



5. Rakaman Skrin

Kecanggihan teknologi tidak hanya terhenti dengan aksesori fizikal. Sekarang, guru seperti anda boleh mengaplikasikan rakaman skrin yang semestinya memudahkan sesi ulang tayang, kritikan membina tentang teknik pengajaran dan juga rakaman awal untuk jadual pengajaran masa hadapan kelak.



Bagi kriteria aplikasi rakaman skrin, anda boleh memilih sama ada ia mampu merekod video atau gambar dari webcam, bersifat atas talian atau sebagainya. Namun hati-hati, kerana ada juga perisian yang memerlukan spesifikasi tertentu untuk berfungsi dengan sepenuhnya.



6. Perisian Tugasan & Kerja Rumah


Membekalkan kerja rumah dan latihan sangat membantu dalam mengukuhkan silibus yang telah anda ajari kepada anak murid. Sebelum ini, kita sudah biasa mendengar “Word Processor” seperti Microsoft Word dan Google Docs serta aplikasi PDF digunakan. Namun, setelah PdPR mula diketengahkan dalam sistem pembelajaran, ramai pendidik mula berjinak dengan laman sesawang dan aplikasi yang terbukti membantu meningkatkan minat dan fokus pelajar.


Misalnya “Showbie”, aplikasi ini menggabungkan kesemua ciri penting bagi tugasan, maklum balas serta komunikasi antara anda dan anak murid. Selain itu, terdapat beratus-ratus aplikasi kuiz untuk anda gunakan semasa sesi PdPR. Disamping menyediakan medium yang memudahkan pelajar menjawab soalan, anda juga tidak perlu pening untuk menapis serta menanda setiap satu jawapan yang dihantar.


Showbie


Bagi guru murid tahap 1, anda mungkin boleh mencuba permainan digital dan trivia bagi menjadikan kelas atas talian bukan sekadar merenung skrin, tetapi aktiviti yang sangat seronok untuk disertai oleh kanak-kanak kecil.



Kolaborasi Dokuman Atas Talian


Perisian yang wujud pada zaman ini bukan hanya terhad kepada sesi soal dan jawab antara guru dan anak murid. Terdapat juga laman sesawang yang sesuai dijadikan tempat berbincang secara ilmiah, bekerjasama dalam sesuatu aktiviti, berkongsi idea, dan banyak lagi.