Search
  • RepaiRBossku

Laptop Cepat Panas? Ketahui 6 Cara Untuk Elakkannya

Updated: Sep 29

Tahukah anda bahawa komponen-komponen yang bekerja keras di dalam laptop kesemuanya berada sangat dekat antara satu sama lain? Ini bermakna, jika hanya salah satu daripada mereka menjadi terlalu panas atau ‘overheat’, kebarangkalian untuk komponen di sekelilingnya turut menjadi panas adalah tinggi. Dengan mengetahui bagaimana cara untuk mengurangkan panas dari laptop membantu membuatkannya tahan lebih lama. Tanpa haba panas, komponen di dalam laptop anda akan terhindar dari risiko overheat serta membolehkan ia berfungsi dengan sebaik mungkin.


Apakah Punca Laptop Panas?

Ada beberapa punca yang menyebabkan laptop anda 'overheat'. Antara yang biasa berlaku adalah kerana:


1. Processor Yang 'Overworked'

Bila sudah bekerja di hadapan laptop berjam-jam tanpa henti, anda mula merasakan laptop anda panas. Ramai yang beranggapan bahawa laptop panas adalah kerana laptop anda sedang dicaj, sama konsepnya seperti handphone. Malangnya ini tidak benar bossku. Laptop menjadi panas kerana processor di dalamnya yang terlalu bekerja keras sehingga overworked! Oleh itu, sekiranya anda memerlukan laptop berspesifikasi tinggi untuk gaming, editing atau sebagainya, bertukarlah pada laptop processor yang setimpal dengan kuasanya. Contohnya intel core i5, i5 10th gen atau amd ryzen.


2. Laluan Heatsink Terhalang

Heatsink? Apa tu?


Heatsink adalah komponen di dalam laptop yang berfungsi sebagai penebat haba. Tanpanya, haba panas dari dalam laptop anda tidak boleh dikeluarkan dengan efisien. Jika laluan heatsink ini terganggu dengan habuk, debu, bulu kucing atau lain-lain benda asing yang terkumpul di dalamnya, fungsinya untuk menyingkirkan haba boleh terganggu. Akibatnya, laptop anda akan cepat panas.


3. Kipas Laptop Tidak Berfungsi

Sama seperti heatsink, kipas di dalam laptop anda juga berfungsi untuk menyingkirkan haba panas ketika laptop sedang bekerja. Namun, fungsi kipas juga akan terhalang jika terdapat habuk dan kotoran yang menghalang laluannya.


Macam mana nak pastikan kipas laptop anda berfungsi?


Mudah sahaja, anda hanya perlu dengar di bahagian bawah laptop dengan teliti untuk pastikan laptop anda berpusing. Sekiranya ada bunyi kipas yang normal, maka anda tidak perlulah risau kerana kipas anda tiada masalah. Sebagai info tambahan, kebanyakan kipas laptop model baru boleh dikawal kelajuannya bergantung pada suhu processor laptop anda.


Akibat Jika Membiarkan Terus Laptop Panas

Jika anda tidak mengendahkan laptop anda yang cepat panas itu, risiko untuk produktiviti anda terganggu adalah sangat tinggi. Ini kerana sistem laptop anda akan memaksa ia untuk shut down atau OFF dengan sendiri sebagai langkah mengelakkan haba panas dari terus meningkat. Kesan buruk yang lain juga termasuklah hardware seperti hard disk atau RAM anda sendiri akan rosak!


6 CARA ELAK LAPTOP PANAS

Setelah kita ketahui apakah punca dan akibat laptop menjadi panas, jom kita lihat apakah cara-cara untuk mengelakkan ia dari terus berlaku.


1. Letakkan Laptop Di Permukaan Yang Keras Dan Rata

Bahagian bawah laptop akan mulai sejuk dengan lebih cepat jika ia diletakkan di permukaan keras dan rata seperti meja, berbanding permukaan lembut misalnya selimut atau baju kita. Udara panas yang kebiasaannya didorong oleh kipas di dalam laptop boleh mengalir dengan lancar, seterusnya menyejukkan heatsink serta komponen-komponen lain melalui lubang yang terdapat pada badan laptop.


Sekiranya lubang tersebut terhalang dengan benda lembut seperti yang kita katakan tadi, sistem penyejukan laptop akan terganggu dengan sangat jelas. Kalau nak laptop tahan lama, angkatlah ia dari katil atau riba anda tu ya!


2. Gunakan 'Laptop Cooler' Atau 'Cooling Pad'

Tak dapat dinafikan, penggunaan laptop cooler atau cooling pad adalah penyelesaian yang mudah serta murah untuk mengurangkan kepanasan dari laptop. Lebih-lebih lagi jika anda sering bermain game, anda sangat digalakkan untuk menggunakan laptop cooler yang berfungsi dengan efisien.


Untuk ketahui jenis-jenis cooling pad laptop yang sesuai untuk anda, klik sini.


3. Pastikan laluan udara serta kipas dalam laptop anda bersih

Selepas berbulan-bulan menggunakan laptop, habuk dan benda asing kecil akan mula terkumpul di dalam badan laptop, atau lebih tepat lagi dalam cooling system komputer anda. Bagi PC, terdapat cara untuk mengelakkan habuk dari masuk kedalamnya, tetapi berbeza pula untuk laptop.


Satu-satunya cara yang betul untuk membersihkan laptop adalah dengan menghantar ia untuk servis sekurang-kurangnya setahun sekali kepada pakar, atau jika anda mempunyai skil asas tentang komputer, boleh juga lakukan sendiri di rumah. Rujuk sini untuk dapatkan servis cooling dan cleaning laptop yang murah dan terbaik.


Bagi proses pembersihan sendiri, benda wajib yang anda perlu ada adalah air compressor ataupun bekas yang mengandungi udara kedap. Tiupkan udara dari salah satu alatan ini kedalam lubang laptop dan teruskan mengulang langkah ini sehingga tiada lagi habuk yang keluar dari lubang-lubang yang ditiupkan air compressor tersebut.


4. Elakkan Laptop Dari Cahaya Matahari Yang Memancar

Tidak kira sama ada sedang digunakan atau tidak, cubalah sebaik mungkin untuk hindari laptop anda dari terkena cahaya matahari yang memancar kepadanya.


Mengapa begitu?


Kerana di dalam laptop terdapat bahagian yang diperbuat dari plastik dan ia berkemungkinan boleh rosak jika terkena cahaya matahari yang terik. Jika anda gemar mendedahkan laptop dengan cahaya panas ketika menggunakannya pula, suhu dalaman pada sistem anda akan meningkat. Dan jika ia terus menerus berlaku dalam jangka masa yang lama, komponen dalaman laptop anda boleh mudah rosak.


Selain matahari panas, meninggalkan atau menggunakan laptop di dalam kereta yang panas juga menyumbang kepada kerosakan komponen plastik di dalamnya juga ya!


5. Guna Fungsi 'Power Management' Dalam Settings Laptop

Bagi pengguna Windows, ada beberapa cara yang boleh digunakan dari power management di dalam settings laptop anda bagi mengurangkan peningkatan suhunya.


Cara pertama adalah dengan melaraskan plan penggunaan kuasa (Power Plan Settings) anda kepada ‘Balanced’ iaitu seimbang.


Manakala cara kedua, dengan menukar Polisi Penyejukan Sistem (System Cooling Policy) ketika ‘Plugged in’ kepada ‘Active’.


Melalui dua acara ini, suhu dari laptop Windows anda dapat dikawal kerana penggunaan kuasa oleh komponen di dalam laptop telah dikurangkan terutamanya ketika penggunaan minimum.


6. Jauhkan Dari Membuka Terlalu Banyak Program Dalam Satu Masa

Cara terakhir dan juga paling mudah untuk mengurangkan laptop dari menjadi panas adalah dengan mengawal jumlah program yang dibuka dalam satu-satu masa.


Biasakan untuk menutup program setelah anda sudah habis menggunakannya kerana selain mengelakkan laptop dari menjadi panas, ia juga mengurangkan tekanan keatas RAM anda dari perlu memproses memori yang besar dan banyak dalam satu masa.


Selain menjadi sejuk, laptop anda juga akan terhindar dari menjadi perlahan atau hang.


Demikianlah 6 tips untuk mengurangkan haba seterusnya mengelakkan laptop kesayangan anda dari menjadi terlalu panas dan akan memudaratkan ia dikemudian hari.


Adakah entri ini membantu anda? Jika ya, tinggalkan komen anda di bawah dan jangan lupa untuk kongsi entri ini bersama keluarga dan rakan juga!


“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.

“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala

Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku



32 views0 comments