Search
  • RepaiRBossku

6 Mitos Tentang Bateri Laptop Yang Patut Ditinggalkan!


Teknologi sentiasa bergerak pantas. Semakin canggih sesuatu ciptaan itu, maka semakin mudahlah penggunaan dan penyelenggaraannya. Satu contoh terdekat buat anda pembaca dan juga pengguna komputer riba; bateri. Dalam entri ini, kita akan mengupas tentang 6 mitos tentang bateri laptop yang patut anda tinggalkan selamanya.


Jom kita mula!


Mitos 1 – Segera cabut pengecas apabila bateri penuh, untuk elak bateri terlebih caj

Fakta: Kebanyakan laptop sekarang menggunakan bateri lithium-ion dan bukan lagi nickel. Jadi, mengecas dengan lama TIDAK akan menyebabkan ia terlebih caj. Bateri lithium-ion atau li-ion ini dilengkapi dengan sistem pengawalan di dalamnya yang mampu melindungi bateri dari ‘overheat’.


Jangka hayatnya juga agak panjang, dimana kebiasannya ia mampu menerima sehingga 300-500 kali kitaran caj penuh.


Mitos 2 – Menggunakan laptop semasa ia dicaj akan mengurangkan kuasa bateri

Fakta: Mengecas sambil menggunakan laptop tidak akan memudaratkan bateri anda. Ya, tanggapan bahawa penggunaan laptop sambil mengecaj boleh memanaskan bateri memang tampak logik. Tetapi, perkara sebenar yang menyebabkan bateri panas adalah kerana haba.


Haba dari mana?


Semestinya dari processor anda yang terlalu bekerja keras atau ‘over-worked’. Ia adalah punca utama mengapa laptop anda termasuk bateri boleh menjadi panas.


Mitos 3 – Mesti biarkan bateri ‘kong’ atau lemah dahulu sebelum mengecasnya semula

Fakta: Seperti Mitos pertama tadi, idea ini hanya terpakai untuk bateri berjenis lama iaitu nickel. Berbeza pula dengan bateri baru (lithium-ion), ia akan tahan lebih lama selagi tidak dibiarkan ‘kong’.


Sistem laptop anda boleh menjadi keliru jika anda kerap membiarkan ia kosong. Akibatnya, kebarangkalian untuk ia memberikan memberikan anggaran yang tidak tepat tentang hayat bateri anda boleh terjadi.



Mitos 4 – Dakwaan tentang hayat bateri dari pengeluar adalah tepat

Fakta: Dakwaan dari pengeluar biasanya adalah keputusan dari ujian selaras dipanggil MobileMark 2007. Di dalam ujian ini, bateri laptop diuji dengan keterangan skrin cuma sekadar 20%, tanpa penggunaan WiFi, sebarang muzik, video atau laman sesawang yang sedang dibuka.


Oleh kerana itu, mempercayai dakwaan dari pengeluar laptop menjadi tidak releven kerana penggunaan harian pengguna laptop biasa adalah jauh perbezaannya.


Mitos 5 – Pertama kali penggunaan, wajib untuk mengecas bateri dengan penuh dahulu

Fakta: Tidak dinafikan, mengecas bateri dengan penuh semasa penggunaan pertama sememangnya amat disyorkan. Tetapi, ia tiada kaitannya dengan hayat bateri anda.

Tips ini hanya membantu proses kalibrasi berjalan dengan betul serta memberikan ruang untuk laptop bersuai kenal dengan ciri-ciri bateri yang digunakan.



Mitos 6 – Bateri laptop mudah diganti

Fakta: Lumrahnya, apa jua jenis bateri akan lama-kelamaan berkurang kuasanya. Selepas beberapa tahun, anda mungkin akan mahu untuk bertukar pada yang baru. Namun, menukar bateri tidaklah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi bagi laptop model baharu yang kebanyakannya menggunakan bateri yang telah dipasang siap. Bateri begini tidak boleh sewenang-wenangnya ditukar sendiri, tambahan lagi tanpa ilmu dan skil yang betul.


Oleh yang demikian, gantilah bateri laptop anda dengan pengeluar laptop atau mana-mana pakar diluar sana yang anda percayai.


Tuntasnya, teknologi baru seperti bateri lithium-ion ternyata terbukti memudahkan lagi penggunaan laptop sehari-harian dari bermacam aspek. Selaku pengguna, sifat cakna tentang ciri-ciri teknologi yang digunakan semestinya akan lebih membantu anda menyingkirkan segala proses renyah kesan penggunaan teknologi sebelum ini.


Adakah entri ini membantu anda? Jika ya, tinggalkan komen anda di bawah dan jangan lupa untuk klik 3 titik di bahagian atas kanan untuk kongsi entri ini bersama keluarga dan rakan anda juga!


“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala

Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

17 views0 comments