Search
  • RepaiRBossku

6 Penggunaan Laptop Secara Ergonomik Terbaik


Penggunaan laptop masa kini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Baik yang menggunakannya atas tujuan kerja, hadiri kelas, mesyuarat dan bisnes online, hinggalah untuk tujuan hiburan seperti menonton filem dan drama. Laptop sememangnya nipis, ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Ada juga yang mempunyai grafik card berprestasi tinggi dan mampu digunakan untuk bermain permainan video atau ‘game’, dan ada yang dilengkapi SSD untuk kelajuan maksimum. Rujuk sini untuk upgrade laptop ke SSD.


Namun, oleh kerana reka bentuknya yang sebegitu, penggunaan yang lama boleh mendatangkan kesan buruk terhadap badan terutamanya leher dan tulang belakang kita. Justeru, entri RepaiRBossku kali ini akan mencadangkan 6 penggunaan laptop secara ergonomik, atau dalam bahasa mudahnya bersesuaian dengan fizikal dan keselesaan pengguna yang terbaik bagi anda meningkatkan keselesaan bekerja dan merendahkan risiko penggunaan.


1. Alihkannya Dari Peha Anda

Walaupun namanya ‘laptop’ tetapi tempatnya tidak harus berada di atas lap (peha) kita. Sebabnya, jika laptop diletakkan di atas peha ia akan memaksa kita untuk duduk membongkok untuk melihat skrin. Kedudukan yang janggal ini akan memberikan tekanan kepada tulang belakang kita dan ia semestinya akan mendatangkan kesan untuk jangka masa panjang.



2. Duduk Dalam Posisi Yang Selesa Sekiranya kedudukan dan ketinggian kerusi telah dilaraskan mengikut keselesan tangan (siku berada di 90°, rapat dengan badan dan pergelangan tangan di posisi neutral ketika menaip), jangan lupa untuk periksa sama ada posisi kaki kita juga adalah pada sudut yang betul. Yakni, kaki kita haruslah berada rata di atas lantai dan ketinggian lutut serta pinggul adalah selaras. Sekiranya tidak, pastikan untuk mengguna sebarang peralatan seperti bangku kecil untuk mengelakkan kaki dari tergantung.

Ini sangat penting untuk mengekalkan kedudukan neutral tulang belakang dan mengurangkan tekanan pada belakang badan kita ya!





3. Guna Kerusi Ergonomik

Jenis kerusi yang dipilih untuk duduk bekerja di hadapan laptop juga memainkan peranan yang besar. Pilihan terbaik yang ada di luar sana semestinya kerusi pejabat. Kerusi begini boleh dilaras ketinggian dan kecondongannya mengikut keselesaan kita. Pastikan untuk duduk rapat dengan penyandar supaya tulang belakang kita berada dalam keadaan yang relaks dan bukannya terbongkok.


Bagi leher dan kepala, posisi yang paling elok adalah apabila telinga kita sentiasa selaras di atas bahu dan bukannya lebih atau kurang dari itu.



4. Berehat sebentar!

Menurut American Academy of Ophthalmology, memandang skrin terutamanya dalam jangka masa yang lama boleh menyembabkan keletihan pada mata. Mata kita rata-ratanya berkelip sebanyak 15 kali dalam seminit. Tetapi di hadapan skrin, kelipan akan berkurang dan ini boleh menyumbang kepada mata yang kering dan pedih. Perkara tidak menyenangkan ini boleh ditangani dengan teknik 20-20-20 yang diperkenalkan oleh Dr. Jeff Anshell, seorang pakar ergonomik penglihatan.


Bagaimana ia dilakukan?

Teknik 20-20-20 ini sangat mudah dan boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja. Di setiap 20 minit kita di hadapan skrin, kita harus pengalihkan pandangan ke tempat yang 20 kaki jauhnya untuk 20 saat sahaja.


Pro tip: untuk waktu rehat yang teratur, dicadangkan untuk menggunakan ‘reminder’ di telefon pintar kita. Sebagai contoh, setkan setiap 20-30 minit untuk berehat sebentar.


Jangan lupa bahawa manusia perlu untuk bergerak aktif dan bukannya duduk diam di satu tempat sepanjang hari ya!



5. Longgarkan Otot-Otot Yang Keletihan Tu!

Lakukan regangan ringan seperti di leher, bahu, tangan dan kaki. Jika mampu, bangunlah dari meja dan jalanlah disekitar untuk pengedaran darah yang lancar dan otot yang relaks. Senaman ini sesuai dilakukan setiap satu jam kita menghabiskan masa di hadapan laptop. Namun, sekiranya tidak berkemampuan, berdiri dan meregangkan atau menggerakkan anggota badan juga berkesan.


6. Berjalan Dengan Barang Keperluan Sahaja

Khusus buat mereka di luar sana yang berulang alik membawa laptop dari satu tempat ke satu tempat yang lain, anda digalakkan untuk membeli keperluan dan aksesori laptop lain yang sama untuk dua tempat berbeza. Contohnya, pengecas (charger) dan kipas (fan) yang semestinya akan digunakan untuk bekerja. Dengan aksesori ekstra, kita tidak perlu mengangkut berat yang berlebihan kesana-kemari.


Untuk beg laptop pula, pilihlah yang berspan atau pad di bahu untuk mengurangkan tekanan di bahu kerana mengangkat laptop yang berat.


Haa.. Macam mana dengan tips-tips diatas ni? Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang membaca entri ini. Dengan mengamalkan penggunaan laptop secara ergonomik seperti duduk di posisi yang betul di kerusi pejabat dan teknik 20-20-20, kita dapat meningkatkan produktiviti kerja tanpa perlu runsingt tentang efek kesihatan yang bakal ditanggung.

Sumber rujukan: Spine-Health.com

Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Walk-in : Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672 (https://repairbossku.wasap.my/)

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku




15 views0 comments