Search
  • RepaiRBossku

7 Asas Penjagaan Laptop Yang Anda Kena Tahu.

Ramai di antara pengguna laptop sentiasa mengabaikan laptop dan computer walaupun dari segi penjagaan asas laptop. Sebenarnya penjagaan laptop ini perlu dilakukan secara rutin dari semasa ke semasa. Walaupun dengan hanya penjagaan asas, ia masih mampu menambahkan jangka hayat laptop dan performance laptop tersebut.


1. Install Antivirus

Antivirus RepaiRBossku

Setiap laptop biasanya terdedah kepada pelbagai jenis virus yang merbahaya kepada laptop anda, terutamanya apabila anda aktif menggunakan internet atau plug in USB dari satu computer ke satu computer yang lain. Maka, untuk melindungi laptop dan computer anda dari serangan virus ini, anda perlu install software antivirus.


Namun, terdapat juga program antivirus yang menawarkan secara percuma, dan ada juga yang percuma percubaan 30 hari. Terpulang kepada anda, saya sarankan antivirus berbayar supaya anda dapat perlindungan yang lebih untuk data dan Windows anda. Tentu stress sekiranya file hilang/rosak atau laptop anda tak boleh masuk windows disebabkan virus bukan? Bak kata orang tua-tua, mencegah lebih baik dari mengubati.


2. Update komputer anda

Anda tentu selalu update handphone anda bukan? Anda tahu tak yang laptop juga perlu diupdate sama seperti software handphone. Sekiranya anda menggunakan Windows original, tiada masalah untuk anda update laptop anda direct di Internet. Update software biasanya membantu laptop anda untuk menyelesaikan masalah bug dan glitches pada Windows.


3. Rutin Maintenance Asas

Rutin maintenance asas ini selalu diabaikan oleh ramai pengguna laptop, namun ia adalah perkara paling penting untuk anda lakukan untuk memastikan laptop anda tahan lebih lama. Ada 3 perkara asas yang patut anda lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Walaubagaimanapun, jika anda buat hari-hari lebih baik.


a. Anda perlu melakukan Disk Cleanup, ia berfungsi untuk membersihkan data yang tidak perlu. Disk Cleanup semudah seminit sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah tekan sahaja start button di taskbar dan taip Disk Cleanup. Klik pada Disk Cleanup tersebut dan pilih driver mana yang anda mahu bersihkan, hardrive atau my document contohnya. Kemudian click OK. Klik pada file yang dicadangkan untuk anda buang dan tekan OK. Sekiranya anda ingin melihat deskripsi jenis files yang anda buang, anda boleh pilih view files dan click OK.


b. Rutin seterusnya anda perlu lakukan adalah Disk Defragment. Rutin ini juga membantu anda untuk menambah baik performance laptop anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah tekan sahaja Start pada taskbar, pilih dan klik pada Control Panel, kemudian pilih dan klik pada System and Security. Anda akan lihat pada bahagian bawah list ada Administrative Tool. Pilih dan klik pada Defragment Your Hardrive. Kotak Disk Defragmenter akan muncul, klik pada butang Analyze Disk . Selepas analisis disk lengkap, anda klik pula pada butang defragment disk. Setelah selesai, klik butang Close.


c. Rutin terakhir adalah anda perlu susun fail-fail anda, jika anda seorang yang suka save file pada Desktop. Susun dan simpan balik fail anda pada Drive D.


Langkah-langkah mudah ini amat penting untuk membuatkan laptop kita tahan lebih lama. Senang je kan caranya?


4. Bersihkan keyboard dan monitor

Memang tak dapat dielakkan untuk seorang manusia biasa makan dihadapan laptop. Kadangkala bebanan kerja yang banyak menyebabkan kita stress dan memerlukan makanan ketika bekerja. Namun, tabiat ini mampu mengundang kerosakan komponen dalam keyboard anda tahu.


Sekiranya anda memang tak dapat nak hentikan tabiat ini, anda boleh menggunakan keyboard protector untuk menghalang cebisan-cebisan makanan masuk di dalam keyboard anda. Dan yang paling baik, anda juga boleh menggunakan air blower untuk membersihkan celah keyboard anda. Anda boleh dapatkan air blower ini pada kedai hardware yang berdekatan.


Seperti mana anda sentiasa lap handphone screen anda begitulah juga anda perlu lap dan bersihkan skrin laptop anda. Skrin yang bersih membolehkan anda untuk melihat skrin tanpa ada gangguan ketika bekerja. Anda perlu menggunakan kain jenis micro-fibre untuk mengelakkan calar pada skrin anda.


5. Buang habuk daripada Laptop

Laptop atau PC yang berhabuk akan menyebabkan laptop panas. Ini kerana, habuk tersebut melekat pada kipas dan menjadikan kipas semakin berat dan perlahan. Situasi ini menyebabkan haba terperangkap dalam laptop tersebut dan tidak dapat dikeluarkan. Jika anda bukan pakar dalam menservis laptop, anda boleh menghantar ke RepaiRBossku untuk membuat cooling service atau service clean dust. Waktu yang disarankan untuk membuat servis ini sekurang-kurangnya 6 bulan sekali/setahun 2 kali.


6. Jaga Hinge/engsel laptop anda

Perkara ini juga sering berlaku dan ramai pengguna laptop terlepas pandang. Satu tips dari RepaiRBossku, tutup skrin laptop anda dengan memegang bahagian tengah atas skrin laptop untuk mengelakkan hinge laptop anda dari patah. Jangan sekali-kali tutup laptop dari bahagian kiri atau kanan skrin anda.




7. Jangan biarkan laptop anda ON dalam bag

Sekiranya anda nak cepat atau kejar masa, ramai di antara pengguna laptop selalu sleep atau main tutup sahaja skrin laptop dan simpan laptop dalam beg. Ini adalah perkara terburuk pada laptop anda kalau anda lakukan. Background program yang sedang berjalan dan ruang yang sempit dan tertutup akan membuatkan laptop panas dan ini boleh ‘membunuh’ motherboard laptop anda. Perkara yang patut anda lakukan sekiranya anda rushing, anda boleh hibernatekan laptop anda. Ini lebih bijak kerana background program akan shut down dan tidak akan menyebabkan laptop anda panas.


Dah tahu cara-cara nak buat laptop anda tahan lebih lama? Anda masih mencari servis baiki laptop anda?


RepaiRBossku menyediakan servis membaiki laptop dan handphone di Seksyen 1 Wangsa Maju berdekatan dengan Setiawangsa. RepaiRBossku juga menyediakan servis software dan hardware yang lain seperti penukaran skrin, repair hinge atau engsel laptop dan software installation. RepaiRBossku adalah syarikat Bumiputera dan Muslim yang menjalankan perniagaan repair laptop dan handphone di area Taman Melawati, Wangsa Maju.


“You Deserve A Boss Service”


Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Jom lihat sini untuk feedback dari pelanggan RepaiRBossku.

Anda nak tanya-tanya dulu? Boleh je, Tim RepaiRBossku sedia menjawab pertanyaan anda di sini.

Klik sini untuk bertanya soalan: https://m.me/repairbossku


Atau anda boleh walk in terus ke:

RepaiRBossku | Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon / WhatsApp : +6013-2495672 | Link https://repairbossku.wasap.my/

IG/Facebook : @repairbossku


Alamat :

No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Ahad -Jumaat)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

0 views

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now