Search
  • RepaiRBossku

7 Penjagaan Skrin Laptop yang Boleh Jimatkan Poket Anda

Antara komponen laptop yang besar adalah skrin laptop, tanpa skrin laptop menjadi tiada gunanya. Rata-rata pengguna laptop ramai menghadapi masalah skrin dan terpaksa ganti skrin laptop sekiranya ia tidak dapat dibaiki. Kos pembaikian skrin laptop pula boleh tahan besarnya, biasanya di sekitar RM 380-400++ bergantung kepada saiz dan model laptop tersebut. Oleh kerana itu, adalah lebih bagus kalau kita dapat mengelakkan perkara ini dari berlaku, RepaiRBossku ingin berkongsi 7 tips untuk menjaga skrin laptop supaya tahan lebih lama.

1. Elakkan laptop dari terjatuh

Pastikan anda sentiasa letakkan laptop anda di tempat yang tidak mudah terjatuh, seperti contoh di meja. Ini kerana, laptop sangat sensitif terhadap apa jua hentakan. Terutama sekali pada bahagian skrin dan juga hard disk.




2. Pastikan tiada benda diatas keyboard sebelum tutup lid laptop.

Kita selalu memandang remeh keadaan ini, ada yang letak buku atas keyboard laptop, ada juga yang terletak pensil atau pen. Maka, sebelum menutup skrin laptop pastikan tiada benda-benda seperti pemacu kilat USB, duit syiling, kunci, USB Broadband Dongle, cincin dan sebagainya berada di atas papan kekunci. Skrin monitor boleh tercalar dan pecah sekiranya benda-benda tersebut tidak dialihkan. Perkara ini juga boleh mengakibatkan kerosakan skrin dan hinge sekiranya laptop ditutup secara paksa. Namun, kalau anda nak letak kain nipis atau keyboard protector tidak mengapa. Cuma janganlah kain baju pula ye.


3. Jangan tutup lid laptop ketika laptop panas.

Anda pernah menghadapi masalah ada line pada skrin laptop? Haa! Ini salah satu puncanya, sekiranya anda menutup lid laptop ketika suhu laptop tengah panas, ia menyebabkan skrin ada line yang timbul dan ia akan semakin lama semakin bertambah.

4. Tutup lid laptop dengan memegang bahagian tengah lid laptop.

Ramai yang selalu tak cakna dalam cara yang betul untuk tutup lid laptop. Tahukah anda, sekiranya anda sentiasa menutup lid laptop di bahagian kiri atau kanan laptop boleh mengakibatkan kerosakan pada hinge skrin laptop? Maka, mulakanlah habit untuk tutup laptop dengan memegang di bahagian tengah lid ye. Baru hinge lebih tahan lama.


5. Bersihkan skrin laptop anda

Seperti mana anda sentiasa lap handphone screen anda begitulah juga anda perlu lap dan bersihkan skrin laptop anda. Skrin yang bersih membolehkan anda untuk melihat skrin tanpa ada gangguan ketika bekerja. Anda perlu menggunakan kain jenis micro-fibre untuk mengelakkan calar pada skrin anda.


6. Pegang laptop anda dengan betul

Sekiranya anda hendak memindahkan laptop ke meja sebelah, pegang laptop di bahagian bawah atau tapak laptop anda. Jangan sesekali mengangkat laptop anda pada bahagian skrin. Ini boleh mengakibatkan engsel laptop anda tidak bertahan lama akibat bebanan yang ditanggung.

7. Elakkan letak benda berat di atas laptop

Jangan sesekali meletakkan benda-benda berat di atas laptop seperti buku, majalah, kotak, kasut dan sebagainya. Ia boleh mengakibatkan skrin laptop anda rosak dan pecah. Kalau kucing duduk atas laptop pun dah berat tu. Sila letakkan laptop dalam beg laptop dan tidak ditindih oleh barang-barang lain atasnya tau.


Dah tahu cara-cara nak buat skrin laptop anda tahan lebih lama? Anda masih mencari servis baiki skrin laptop anda?

RepaiRBossku menyediakan servis membaiki laptop dan handphone di Seksyen 1 Wangsa Maju berdekatan dengan Setiawangsa. RepaiRBossku juga menyediakan servis software dan hardware yang lain seperti penukaran skrin, repair hinge atau engsel laptop dan software installation. RepaiRBossku adalah syarikat Bumiputera dan Muslim yang menjalankan perniagaan repair laptop dan handphone di area Taman Melawati, Wangsa Maju.


“You Deserve A Boss Service”


Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.

Jom lihat sini untuk feedback dari pelanggan RepaiRBossku.


Anda nak tanya-tanya dulu? Boleh je, Tim RepaiRBossku sedia menjawab pertanyaan anda di sini.

Klik sini untuk bertanya soalan:https://m.me/repairbossku  

Atau anda boleh walk in terus ke: 

RepaiRBossku | Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon / WhatsApp : +6013-2495672 | Link https://repairbossku.wasap.my/

IG/Facebook : @repairbossku


Alamat :

No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Ahad -Jumaat)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

86 views

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now