Search
  • RepaiRBossku

7 perkara yang anda perlu ambil tahu sekiranya nak beli handphone baru.

Pada masa kini, handphone/smartphone sudah menjadi satu keperluan untuk setiap orang. Malah, kebanyakan ibu bapa juga sudah mula menyediakan handphone kepada setiap anak mereka. Ini kerana, mereka percaya handphone amat membantu mereka berhubung dengan lebih cepat dengan keluarga tersayang.


Handphone juga sekarang melambangkan personality atau status pengguna handphone tersebut. Ada juga yang tukar handphone hampir setiap kali model baru keluar, kerana model baru lebih up-to-date dari segi spesifikasinya. Anda jangan terkejut kalau handphone yang baru anda beli hari ini akan menjadi outdated atau ketinggalan beberapa bulan je dari sekarang. Begitulah penangan teknologi masa kini, hebat kan?


Maka, tidak hairanlah pengeluar handphone melancarkan pelbagai jenis spesifikasi dan model handphone mengikut trend dan keperluan semasa. Adakalanya, model tersebut hampir sama, samada dari spesifikasi mahupun harga. Ini menyebabkan pembeli selalu keliru dalam membuat pilihan yang lebih bijak. RepaiRBossku ingin berkongsi 7 rahsia yang anda perlu consider sekiranya anda berniat untuk tukar handphone baru. Semoga dengan perkongsian ini, ianya serba sedikit dapat membantu anda membeli handphone dengan tawaran yang paling baik.


1. Kapasiti Battery


Kapasiti Batteri

Setiap orang pasti bangga sekiranya memiliki handphone yang canggih dan berspesifikasi tinggi. Namun, sekiranya bateri handphone hanya mampu bertahan dalam masa yang pendek akan membuahkan kebengangan dan stress juga. Terutamanya pada masa kini, piawaian internet sudah melangkau kuasa 4G. Ia juga menjadi penyebab kuasa bateri cepat habis. Oleh itu, bateri yang lebih tahan lama amat diperlukan.


Hari ini, terdapat banyak smartphone yang mempunyai kapasiti bateri yang tinggi, terpulang kepada anda mahu memilih yang mana. Satu tips yang berguna, pastikan pilihan handphone anda itu mempunyai bateri yang boleh tahan sehingga 8-10 jam untuk penggunaan maksimum. Sebagai contoh, dalam record kami, bateri handphone Xiomi Redmi 4X yang mempunyai kapasiti 4100mAh, mampu bertahan sehingga 24-48 jam sehingga penggunaan maksimum. Jadi, sekiranya anda nak beli handphone baru pastikan kapasiti bateri 4100mAh ke atas ok.


2. Memory Handphone /Storage


Memory handphone & storage

Dalam keadaan teknologi yang semakin maju, kebanyakan aplikasi semakin memakan ruang storage handphone. Aplikasi-aplikasi yang popular memang menjadi trend dan kegilaan ramai pengguna smartphone yang mengikut arus teknologi.Malahan, camera yang semakin canggih juga membuatkan size gambar menjadi lebih besar. Maka, memory handphone yang besar sudah menjadi keperluan. Untuk tahun 2019 dan ke atas, minimum memory yang paling sesuai untuk technology kini adalah 64GB dan ke atas. Sekiranya anda membeli 16GB memory, percayalah dalam masa seminggu sahaja anda mungkin stress dengan masalah “not enough storage” yang tiada berkesudahan.


3. RAM/ Random Access Memory


RAM Access Memory

RAM handphone yang besar menentukan kelajuan handphone anda. Sudah tentu kita tak mahu handphone yang slow bukan. Kebanyakan handphone mempunyai RAM 1 GB minimum atau lebih. Sebagai contoh Xiomi Redmi Note 4 mempunyai RAM 3GB, dan kelajuan handphone itu cukup puas hati. Anda yang 4GB RAM juga bagi android handphone. Yang paling penting, sekiranya android handphone, anda perlu memilih RAM 2GB ke atas sekurang-kurangnya.


Namun, satu tips dalam membandingkan RAM, anda mungkin boleh bandingkan RAM di antara androids smartphone. Namun, sekiranya smartphone yang anda beli itu adalah Iphone, RAM iphone walaupun ia lebih rendah dari androids, Iphone tetap handphone yang paling powerful dan kuat dari androids. Ia seperti anda cuba membandingkan BMW dan Ferrari. Its incomparable gitu.

Ini kerana Iphone jual software, bukan hardware. Sehingga sekarang software Iphone adalah yang paling kuat.


4. CPU/Central Processing Unit

CPU adalah seperti otak dalam telefon atau peralatan komputer. CPU yang menentukan prestasi sesebuah handphone samada berapa banyak telefon boleh multitask, dalam semua proses dalam handphone CPU yang akan bertanggungjawab untuk mengendalikan setiap proses tersebut. CPU yang bagus diperlukan sekitar 1.6GHz atau lebih.


Antara processor handphone yang popular berdasarkan hierarchy dalam handphone seperti A12 Bionic (seperti yang digunakan dalam iphone) Snapdragon 855 (Adreno 640), Exynos 9820 (Mali-G76 MP12), Snapdragon 845 (Adreno 830), Kirin 980, Intel Atom dan Qualcomm. Ia dipanggil SoC atau system on chip yang mengandungi CPU dan GPU (Graphic Processing Unit) bersama.


5. GPU/ Graphic Processing Unit

Sekiranya anda seorang yang sukakan game, atau Gamers, anda memerlukan graphic card untuk mendapatkan prestasi yang lebih best dan kualiti imej akan lebih cantik. Cuba pilih handphone yang mempunyai GPU berasingan dari CPU kerana ia akan menjanjikan prestasi yang lebih kuat.

Antara contoh GPU smartphone yang terbaik yang berdasarkan ranking adalah GPU Mali. GPU Mali yang tercepat adalah Mali-T720 dan ia masih sedikit lagi orang yang pakai GPU ini. Kedua terbaik adalah GPU Adreno, namun Adreno mempunyai beberapa jenis lagi seperti Adreno 225, Adreno 220, Adreno 205, Adreno 200, Adreno 130. Di samping itu, ada pula Adreno 330, Adreno 320, Adreno 305, Adreno 302 dan Adreno 230.


Seterusnya seperti GPU Tegra (yang dipakai dalam Tab), GPU PowerVR (banyak digunakan dalam iphone 5S yang menggunakan PowerVR model G6430) dan GPU VideoCore Broadcome.


6. Kamera


Biasanya smartphone mempunyai kamera bersaiz 12-13 megapixel. Untuk kamera handphone yang mempunyai kualiti yang terbaik, kameranya perlu mempunyai sekurang-kurangnya 16 megapixel ke atas. Setakat ini, kami jumpa kamera handphone OnePlus 7 Pro yang mempunyai sehingga 48 megapixel.


Walaubagaimanapun, size kamera tidak menentukan kualiti gambar yang dihasilkan. Ini kerana, setiap handphone mempunyai pelbagai jenis model yang berbeza. Maka, anda perlu untuk test atau cuba periksa gambar yang diambil mengikut penghasilan warnanya, lighting atau dari segi pencahayaannya, low light atau lebih terang.


Sama seperti camera, video camera juga memainkan peranan yang sama, walaupun ia mungkin mempunyai pixel video yang sama, namun kecekapan rakaman video yang berbeza. Anda boleh periksa jika video tersebut dapat membuat rakaman HD atau Full HD 1080p. Maka, bolehlah anda katakan bye bye kepada rakaman video 3GP. Tips untuk merakam video, biasakan untuk merakam video secara melintang/horizontal. Ianya lebih berkualiti sekiranya perlu diedit atau dipost ke social media.


7. Screen Handphone

Pemilihan skrin juga perlu diambil kira ketika memilih handphone baru. Ada 3 perkara tentang skrin yang anda harus tahu.


a. Size skrin

Ada di antara pengguna handphone yang meminati size skrin besar, kerana senang dan jelas untuk membaca mesej atau bermain social media. Ada juga yang lebih sukakan handphone yang kecil, yang mana lebih mudah untuk dimuatkan dalam poket. Selalunya saiz skrin yang melebihi 5 inci tidak muat untuk letak dalam poket. Jadi anda buat pilihan anda ya.


b. Resolusi Skrin

Resolusi skrin juga memainkan peranan penting dalam image atau graphic pada skrin display. Tak best kalau skrin besar dah nak sama dengan Tab, tapi resolusi baru 144p. Minimum resolusi yang terbaik adalah resolusi 1080p, dan sudah tentu juga display akan jadi lebih power kalau resolusi skrin 2K atau 4K.


c. Jenis Skrin

Skrin mempunyai 2 jenis iaitu LCD (TFT LCD) dan LED (OLED/AMOLED). BIasanya handphone menggunakan skrin yang berbeza dan kedua jenis ini mempunyai tahap ketahanan yang juga berbeza. Kedua-duanya mempunyai display yang bagus, hanya sedikit berbeza dari segi warna, contrast dan lain-lain. Tips memilih jenis skrin, anda patut pilih skrin yang boleh dilihat dari pelbagai sudut/angle dan juga boleh dilihat dibawah cahaya matahari. Ini kerana, terdapat skrin yang tidak dapat dilihat bawah cahaya matahari, anda hanya akan nampak wajah sendiri je selalunya ketika cub abaca mesej di bawah cahaya matahari.


Jadi apa pendapat anda selepas mengetahui 7 perkara yang perlu anda ambil tahu sekiranya nak tukar handphone baru? Dah tahu handphone mana yang anda nak pilih? Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan pengguna handphone yang lain. Dan jangan lupa, kami dari RepaiRBossku sedia membantu anda sekiranya anda ada masalah dan nak baiki handphone anda.


RepaiRBossku menyediakan servis membaiki handphone laptop di Seksyen 1 Wangsa Maju berdekatan dengan Taman Melawati. RepaiRBossku juga menyediakan servis software dan hardware yang lain seperti penukaran skrin, repair speaker atau charging port handphone dan software installation. RepaiRBossku adalah syarikat Bumiputera dan Muslim yang menjalankan perniagaan repair laptop dan handphone di area Taman Melawati, Wangsa Maju.


“You Deserve A Boss Service”

Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Jom lihat sini untuk feedback dari pelanggan RepaiRBossku.

Anda nak tanya-tanya dulu? Boleh je, Tim RepaiRBossku sedia menjawab pertanyaan anda di sini.

Klik sini untuk bertanya soalan: https://m.me/repairbossku


Atau anda boleh walk in terus ke:

RepaiRBossku | Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon / WhatsApp : +6013-2495672 | Link https://repairbossku.wasap.my/

IG/Facebook : @repairbossku


Alamat :

No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Ahad -Jumaat)

Buka Waze di Mobile :http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

728 views

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now