Search
  • RepaiRBossku

9 Punca Masalah Kenapa Laptop Anda Lembap.


Ahmad, Pengasas RepaiRBossku sedang membaiki sebuah laptop Acer

Anda ada masalah laptop yang lembap, slow performance? Selalu hang? Ketahui 9 punca masalah kenapa laptop anda lembap.


Perkara pertama yang menjadi keutamaan setiap orang yang menggunakan laptop adalah NAK LAJU. Laju bila nak buka file, nak save file, nak transfer file.


Tapi perkara yang buatkan anda bengang apabila waktu nak guna laptop tu la, nak masuk kepada windows (desktop background) pun slow, nak buka program pun ambil masa yang lama. Laptop anda semakin hari semakin lembap, mencabar kesabaran anda. Tak sama macam awal-awal beli dulu. Tentunya kalau boleh, anda nak laptop anda pop up buka segera setiap kali anda klik file atau program kan?


Windows Software atau operating system (OS) adalah penggerak utama untuk setiap laptop, boleh kata ianya ibarat engine untuk laptop berfungsi. Sekalipun anda mempunyai laptop yang paling canggih, tanpa Windows, bagaimana anda nak guna laptop tu bukan?


Kebanyakan masalah laptop slow dan lembap adalah disebabkan oleh Windows Software. Namun, anda juga perlu ambil kira beberapa masalah lain yang mungkin menjejaskan kelajuan laptop anda. Terdapat 9 masalah yang patut anda ambil tahu sekiranya anda rasa laptop anda slow, senang kalau anda nak hantar baiki nanti untuk terangkan kepada IT Technician anda.


Antara punca yang menyebabkan laptop anda jadi slow sangat.


1. Browser Extensions

Anda seorang yang suka install extensions dalam browser? Extensions adalah extra program, application atau add ons pada browser anda. Browser yang paling popular di Malaysia adalah Google Chrome. Tanpa anda sedar, secara tak sengaja anda mungkin terinstall add ons/extension program ni.


Ada extensions yang sangat berguna tapi anda perlu bijak memilih add ons kerana sekiranya ia terlampau banyak di install kan dalam laptop anda, ia boleh menjejaskan performance laptop.


Antara extensions yang popular seperti blockup popper, internet download manager dan lain-lain. Jadi, apa yang boleh anda buat untuk lajukan performance laptop anda adalah anda perlu delete extensions yang tak diperlukan dari browser anda. Pastikan aplikasi yang anda download dari website yang boleh dipercayai. Dan, ingat, baca agreement dulu sebelum download atau install sebarang applications tau.


Ahmad, Pengasas RepaiRBossku sedang membaiki sebuah laptop Asus


2. Buka lebih dari satu program serentak/dalam masa yang sama.


Kalau anda seorang yang suka buka terlalu banyak program dalam masa yang sama, ianya boleh menyebabkan laptop anda menjadi slow. Sebagai contoh, anda buat kerja photoshop, main game dan mendengar lagu di Youtube pada masa yang sama.


Size RAM menentukan keupayaan multitasking untuk sesebuah laptop. Sekiranya anda mahu lebih performance laptop dalam buka program serentak, lebih baik kalau anda mempunyai RAM GB yang lebih tinggi. Namun, kalau RAM laptop anda rendah, cuba elakkan dari buka banyak-banyak program pada masa yang sama.


3. Hardisk (HDD) rosak atau bermasalah


Salah satu punca laptop slow juga adalah bila hard disk laptop bermasalah. Ini kerana, kebanyakan data, gambar, file, video dan segala kerja kita biasanya kita akan simpan dalam hard disk atau Drive D bukan?


Sekiranya anda pernah melihat komponen Hard Disk, terdapat satu komponen seperti disk atau CD, pernah tengok tak retro record player, yang ada corong besar sebagai speaker. Komponen HDD membaca data sama seperti retro record player tu. Kalau permukaan disk tu calar, ia akan menyebabkan sesetangah data yang kita simpan rosak, hilang atau tak boleh dibuka. Terutamanya kalau file windows yang terjejas kerana calar tersebut, boleh membuatkan laptop slow.


Bagaimana untuk anda kenal pasti sekiranya Hard disk (HDD) anda bermasalah?


Hard disk kerap berhenti secara tiba-tiba.


Hard disk (HDD) adalah salah satu komponen laptop yang sensitive, terutama kalau laptop pernah terhentak, jatuh atau panas. Anda boleh kenalpasti HDD anda rosak apabila HDD anda hang, lagging , mempunyai bad sector atau keluar error message tentang hard drive. Sekiranya anda jaga laptop anda dari tiga keadaan ini, anda boleh jimat duit untuk tak perlu tukar hard disk baru.


Tips ini sangat berguna sekiranya anda mahu baiki laptop anda yang slow, pastikan anda beritahu perkara-perkara ni, samada laptop pernah jatuh atau terhentak ke tidak dan hardisk anda lagging, ada error message atau tak. Ini kerana, ia memudahkan technician untuk diagnose masalah laptop anda slow.


Rugi kalau buat software laptop tapi rupanya hardisk yang bermasalah. Sebab ada kemungkinan Windows/laptop masih slow disebabkan hard disk problem. Untuk mengatasi masalah ini, SSD atau solid state driver lebih mudah kerana ianya bukan sahaja ringan, bahkan sepuluh kali ganda lebih laju dari HDD. Malah, SSD juga tahan panas dan lebih kuat melawan hentakan. Tiada isu lagi untuk anda risau HDD rosak kerana SSD tidak ada internal mechanical movement seperti HDD.


4. Buka terlampau banyak browser tab.


Anda jenis yang suka buka browser tab internet dengan banyak tak? Sebab anda tahu tak ia tak ‘sihat’ untuk performance laptop anda tau. Sebab setiap kali tab dibuka, ia akan “makan” RAM dan processor anda.


Oleh itu, jika anda sedang buat kerja-kerja multitasking, cuba ‘prioritize’ program dan aplikasi mana yang perlu dibuka untuk kurangkan ‘berat’ pada laptop anda. Lebih bagus untuk anda padamkan sahaja tab yang tidak digunakan supaya laptop anda kurang ‘stress’.


5. Terlampau banyak data yang disimpan dalam Dekstop dan Drive C

Berapa ramai antara anda yang mempunyai tabiat untuk simpan segala file pada desktop? Desktop background mempunyai kapasiti yang rendah untuk simpanan file, ia juga akan memakan “kuasa” RAM anda sekiranya anda simpan file pada desktop atau Drive C:/ Adalah lebih baik, setiap file itu digerakkan atau disimpan dalam Drive D:/ atau Hard disk kerana kapasiti HDD lebih besar.


Backup data.

6. Virus/Malware


Virus, worm,malware dan spyware memang sangat efektif dalam mengurangkan performance laptop anda, dan menyebabkan laptop slow.


Virus mempunyai keupayaan untuk kacau windows registry, dan membuatkan laptop anda boleh keluar iklan pop-up semasa menggunakan internet. Virus juga boleh buat data kerja anda hilang dan corrupt. Scenario paling teruk apabila data peribadi anda kene hijack. Nauzzubillah. Macam-macam boleh berlaku nanti.


Sekiranya anda rasa tak perlu untuk install antivirus dalam laptop, anda perlu berfikir dua kali, dan pastikan setiap kali anda cucuk pendrive ke dalam laptop, anda perlu scan sebelum anda buka pendrive tersebut. Lebih mencegah dari mengubati kan.


7. Heavy use program atau menggunakan program yang memerlukan spesifikasi laptop yang tinggi.


Kalau anda pengguna program seperti autoCad, photoshop, AI, yang melibatkan spesifikasi laptop yang tinggi, anda perlu gunakan laptop yang dapat menampung program tersebut. Kalau anda guna laptop biasa untuk buat kerja heavy design, laptop anda mungkin akan mengalami masalah untuk bantu anda buat kerja lebih lancar. Seeloknya, elakkan dari guna program yang tidak mampu ditanggung oleh laptop anda sekiranya anda tak mahu laptop anda slow dan bermasalah.



8. Startup program


Startup program adalah program yang beroperasi secara automatik apabila operating system dimulakan (Windows). Apa yang menjadi masalah ialah terdapat banyak virus, worm, malware atau program yang akan berjalan secara automatic bila Windows start.


Ini menyebabkan laptop anda ambil masa yang lama untuk masuk pada Windows Dekstop. Lagi banyak aplikasi startup lain yang menganggu proses ON laptop tu, lagi lamalah anda tunggu depan laptop anda untuk masuk windows.


9. Kapasiti RAM


Tahukah anda yang kapasiti RAM adalah antara komponen yang terpenting dalam menentukan kelajuan laptop anda. Dengan teknologi yang semakin meningkat, program atau aplikasi yang terkini kebanyakannya mementingkan kapasiti RAM yang besar untuk ia beroperasi dengan lancar.


Antara program yang memerlukan RAM yang tinggi seperti adobe photoshop, video editing, muzik editing, animasi 3D, adobe illustrator dan sebagainya. Maka, sebelum anda nak install apa-apa program, adalah lebih baik jika anda ambil tahu apakah keperluan program tersebut, dengan itu, masalah laptop slow, hang dapat diatasi.


Sekiranya laptop anda mempunyai kapasiti RAM 2GB dan ke bawah,eloklah anda tambah atau upgradekan ke 4GB. Ianya lebih mudah untuk buat kerja yang perlukan multitasking program. Apa yang penting, laptop anda pun tak slow.


Jadi macam mana sekarang? Anda dah tahu apa punca laptop anda slow dari 9 punca di atas?


Nak kami bantu laptop anda? Klik sini

227 views

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now