Search
  • RepaiRBossku

Apa perkara yang anda patut buat bila handphone terjatuh dalam air?


Masalah handphone masuk air sememangnya masalah yang orang panggil malang tidak berbau. Tetapi, masalah ini juga bukanlah jarang berlaku, sekurang-kurangnya antara 10 orang yang menggunakan handphone, 6 orang pasti pernah mengalami masalah handphone masuk air ini.


Ada yang disebabkan terkena hujan lebat semasa diluar atau ketika menunggang motorsikal. Ada yang terkena air semasa di Taman Tema atau bercuti di pantai. Yang paling menyedihkan bila handphone terjatuh dalam toilet atau gulai. Semua masalah di atas ni memang malang tidak berbau, namun anda kena tahu apa tindakan seterusnya. Kami menerima sangat banyak kesilapan pelanggan dalam menangani masalah seperti ini.


Oleh itu, kami rasa terpanggil untuk kongsika kepada anda semua apa yang patut anda lakukan sekiranya handphone masuk dalam air. Walaupun sekecil-kecil perkara seperti handphone terjatuh dalam minuman, kita sebenarnya masih boleh selamatkannya. Hanya sekiranya anda bertindak pantas!


Ini 8 perkara yang anda harus lakukan bila handphone jatuh dalam air.


1. Capai handphone anda sepantas mungkin!

Tak kisah samada jatuh dalam kolam ke, toilet ke, dalam cawan ke, perkara utama yang perlu anda buat andalah capai handphone dan tarik dari air sepantas mungkin. Ini kerana, semakin lama handphone berada dalam air, lagi banyak possibility air untuk meresap ke dalam handphone.

Jadi capai dan tarik secepat mungkin akan membantu menyelamatkan handphone anda. Tapi, kalau handphone terjatuh dalam perigi atau laut dalam, anda dinasihatkan untuk redha sahaja dan lupakan. Ingat nyawa anda lebih penting tau.


2. Offkan handphone anda

Selepas anda capai handphone dari air, sekiranya handphone anda masih on semasa itu, perkara kedua penting adalah terus offkan atau tutup handphone secepat mungkin. Ini kerana handphone yang basah sekiranya di onkan akan memberi peluang untuk ada short dalam handphone. Yang mana ia boleh merosakkan motherboard handphone anda dan langsung tak dapat dibaiki.


Jadi jangan pandai-pandai untuk on kan handphone bila dia masuk air. Biar je die off dulu.

Namun sekiranya skrin handphone berada dalam keadaan off semasa ia terkena air, dan anda pun tak pasti samada handphone tu tengah off ke atau skrin tengah blank, cuba tengok samada anda boleh onkan handphone tu dengan cepat-cepat tekan power button.

Sekiranya handphone anda on, selepas tu anda offkan balik serta merta. Kalau ia tak On, biarkan sahaja dia off.

3. Bersihkan handphone anda

RepaiRBossku pernah menerima pelanggan yang handphonenya terjatuh didalam periuk besar gulai masak lemak cili api. Wah memang frust, sebabnya bukan sahaja pelanggan tersebut tak dapat capai handphone beliau secepat mungkin kerana ia perlu dicedok berkali-kali untuk mencari handphone beliau. Kesilapan beliau selepas itu adalah beliau basuh handphone dengan air sebab handphone tu berbau gulai dan berminyak.


Sekiranya anda mengalami situasi macam ini, cara untuk bersihkan handphone adalah hanya lap sahaja dengan tisu atau kain. Jangan sekali-kali membasuh handphone anda dengan air. Ia seperti anda sengaja mahu handphone anda rosak.


4. Keringkan handphone anda

Setelah handphone anda off dan sudah bersih. Anda perlukan keringkan handphone anda. Sekiranya handphone anda mempunyai battery yang boleh dikeluakan, keluarkan battery dan microSD card dalam handphone. Kalau boleh buka, buka cover belakang handphone supaya ape sahaja udara atau air boleh kering.


5. Jangan blow dry kan handphone anda.

Jangan sesekali mencuba untuk keringkan handphone anda dengan hair dryer. Ini kerana kepanasan dari pemanas rambut (hair dryer) akan merosakkan komponen dalaman handphone selama-lamanya.


Dan satu lagi yang anda perlu tahu, jangan letakkan handphone anda dalam oven atau peti ais (frrezer), kedua cara ini hanyalah dongengan sahaja dalam membaiki handphone yang basah. Ia langsung tidak membantu apa-apa.


6. Beras dan silica gel

Hanya sebab handphone anda kelihatan kering diluar, tidak semestinya ia kering di dalam. Maka, untuk memastikan handphone anda kering juga dibahagian dalam anda boleh benamkan atau rendamkan handphone anda dalam semangkuk beras.


Beras akan menyerap keluar apa sahaja kelembapan yang terperangkap di dalam handphone anda, ia dapat membantu handphone anda betul-betul kering luar dan dalam. Anda juga boleh memenuhkan satu plastic peket silica (peket silica gel ini anda boleh jumpa dalam kotak kasut selalunya) dan letak handphone anda dalam silica gel ni. Silica ini berfungsi menyerap kelembapan air, ia sangat sempurna untuk mengeringkan handphone yang basah.Samada anda memilih untuk menggunakan beras atau silica, anda perlukan biarkan handphone anda dalam mangkuk atau bag tersebut selama 3 hari untuk betul-betul pasti tiada sebarang kelembapan air dalam handphone.


7. Onkan handphone anda dan test

Setelah step ke 6 dilakukan dengan sempurna, anda boleh cuba on kan handphone anda untuk lihat samada ia boleh digunakan seperti biasa atau tak. Sekiranya ia tak menyala atau on selepas anda charge handphone anda, anda boleh cuba hantarkan handphone anda pada specialist handphone untuk dia bantu. Sekiranya handphone anda on, Alhamdulillah anda boleh gunakan macam biasa je la.


Namun, penting juga untuk anda tahu, air yang masuk dalam handphone berkemungkinan ada merosakkan komponen dalaman handphone anda walaupun sedikit. Dan sekiranya berlaku, handphone anda akan mula untuk tidak berfungsi sedikit demi sedikit sesuai dengan masa. Dan dalam waktu ini, anda Cuma mampu recycle atau tukar handphone baru je nanti.

8. Bilas handphone anda (mungkin)

Ok, langkah dibawah ini adalah perkara yang terakhir sekali, sebab ia juga boleh menyebabkan handphone anda rosak lagi teruk. Namun, kalau langkah di atas tak berjaya, mungkin ini boleh membantu. Anda perlu bersihkan kekotoran yang mungkin dah masuk dalam handphone semasa ia basah. Seperti contoh pasir atau garam dari air laut.


Sekiranya anda mahir, anda boleh ceraikan part dalam handphone anda sampailah tahap keluarkan motherboard, basahkan sedikit berus gigi dengan lebih 90 peratus isopropyl alcohol dan berus motherboard perlahan-lahan. Anda boleh cuba lalukan berus tersebut dengan alcohol untuk beberapa minit yang singkat.


Hanya untuk peringatan, alcohol mampu mencairkan gam pada handphone anda yang mana akan buat kerosakan yang tidak dapat dibaiki. Hanya lakukan sekiranya anda mahir dalam mengendalikan bahagian elektronik ok.


Dah tahu apa cara yang perlu anda buat kalau handphone masuk air? Anda masih mencari servis baiki handphone anda?


RepaiRBossku menyediakan servis membaiki laptop dan handphone di Seksyen 1 Wangsa Maju berdekatan dengan Setiawangsa. RepaiRBossku juga menyediakan servis software dan hardware yang lain seperti penukaran LCD, repair speaker atau charging port handphone dan software installation. RepaiRBossku adalah syarikat Bumiputera dan Muslim yang menjalankan perniagaan repair laptop dan handphone di area Taman Melawati, Wangsa Maju.


“You Deserve A Boss Service”


Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.

Jom lihat sini untuk feedback dari pelanggan RepaiRBossku.


Anda nak tanya-tanya dulu? Boleh je, Tim RepaiRBossku sedia menjawab pertanyaan anda di sini.

Klik sini untuk bertanya soalan:https://m.me/repairbossku


Atau anda boleh walk in terus ke:

RepaiRBossku | Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon / WhatsApp : +6013-2495672 | https://repairbossku.wasap.my/

IG/Facebook : @repairbossku


Alamat :

No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Ahad -Jumaat)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

39 views

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now