Search
  • RepaiRBossku

Apakah “Organ-Organ” Terpenting Dalam Komputer Kita?


Mengetahui anatomi laptop sama pentingnya dengan mengenali anatomi badan manusia sendiri. Sekiranya laptop atau PC kita berkelakuan pelik dari kebiasaan, ia akan memudahkan kita untuk mengenalpasti punca masalah dari terus berlanjutan. Paling tidak pun, pengetahuan asas tentang ‘organ-organ’ penting komputer boleh membantu kita memberikan penerangan yang lebih berkesan tentang masalah yang dihadapi kepada pakar IT yang sedang berurusan dengan kita. Tanpa membuang masa lagi, jom kita mula mengenali ‘organ-organ’ tersebut!


1. MOTHERBOARD

Otak manusia tidak akan berfungsi tanpa adanya tengkorak atau kepala sebagai penyokongnya. Manakala bagi konteks sesebuah laptop atau PC, ‘otak’ nya juga disokong oleh satu komponen yang dipanggil ‘motherboard’.


Mengapa ia adalah asas kepada ‘otak’ komputer?


Fungsi utama motherboard adalah sebagai sokongan utama bagi elemen-elemen penting lain yang bertanggungjawab menggerakkan komputer kita. Ia merupakan papan litar yang besar dan mempunyai cetakan khas di permukaannya. Motherboard dipanggil asas kepada ‘otak’ sesebuah komputer kerana ia lah komponen yang menyediakan sambungan antara soket-soket, dan seterusnya membolehkan komponen-komponen lain bekerjasama antara satu sama lain.


Dalam pasaran kini, motherboard dijual dengan pelbagai bentuk dan saiz – dan semestinya asas kepada ‘otak’ bagi laptop adalah berbeza rupa nya dengan desktop.




Jadi, apakah pula yang dipanggil ‘otak’ komputer?


2. CPU

‘Otak’ yang mengawal fungsi laptop dan PC kita adalah microprocessor yang dipanggil ‘Central Processing Unit’, atau namanya yang lebih komersial, CPU. Ia adalah sebuah cip yang terdapat bermillion-million transistor kecil di dalamnya. Tugas hakiki CPU termasuklah membuat pengiraan yang sesuai untuk komputer kita berfungsi dengan baik – dimana sejumlah besar transistor di dalamnya bekerja untuk memanipulasikan data. (Bahasa mudahnya, anda boleh anggap CPU ni sebagai pembuat keputusan lah).



3. MEMORI

‘Organ’ utama lain yang perlu kita kenal adalah memori. Berbanding anatomi manusia, memori adalah sesuatu yang tidak boleh kita lihat dan sentuh. Namun, hal ini berbeza untuk komputer. Terdapat dua jenis memori di dalam laptop dan PC kita; Read-Only Memory (ROM) dan Random Access Memory (RAM).


Ya, sudah semestinya anda akan tanya: Apa beza ROM dan ROM?


Jawapannya mudah, bagi ROM, komputer hanya boleh membaca data di dalamnya. Data tersebut tidak boleh ditambah atau dibuang oleh komputer. Lain pula RAM, komputer bukan sahaja boleh membaca data di dalamnya, tetapi juga menambah atau membuang input padanya.


Tanpa kedua memori ini, kesemua pengiraan di dalam laptop atau PC kita akan menjadi ‘stateless’. Ini bermakna, komputer tidak mampu menyimpan informasi yang lepas kerana setiap proses akan dimulakan dari awal tanpa rekod atau memori lalu. Hal begini akan merumitkan kita lebih-lebih lagi dalam proses mencipta program yang kompleks.


Info: ‘Stateless’ bermaksud tiada rekod tentang sebarang komunikasi antara satu arahan dengan arahan yang lain. Klik sini untuk tahu apa itu ‘stateless’.





RAM juga boleh dinaiktaraf saiz nya. Kebanyakan PC atau komputer desktop mempunyai kapasiti tambahan untuk RAM. Cara memasangnya juga mudah, anda hanya perlu memasukkan cip RAM kedalam soket yang berada di motherboard. Namun, jika tiada ilmu asas tentang komputer, serahkan kepada pakar ya!


Akan tetapi, ada juga komputer yang tidak membenarkan kita untuk membuat apa-apa perubahan terhadap saiz RAM. Oleh itu, buatlah penelitian sebaik mungkin sebelum anda membeli laptop atau PC.


4. BIOS

Setiap komponen di dalam komputer bekerjasama antara satu sama lain. Selain memori dan RAM, komputer kita juga dimuatkan dengan sebuah cip yang dipanggil Basic Input/Output System (BIOS) dan ia berkait rapat dengan CPU yang kita bincangkan tadi. BIOS adalah sebuah ROM yang bersifat spesifik. Jika CPU adalah ‘otak’ komputer, BIOS pula boleh disamaertikan dengan ‘tulang belakang’ sebuah laptop atau PC. Tugasnya mudah – mengawal interaksi antara software dan hardware komputer kita.



Motherboard, CPU, memori ROM dan RAM serta BIOS adalah ‘organ’ penting yang menjadi tunjang kepada fungsi-fungsi utama yang melancarkan proses sesebuah komputer. Mereka juga bertanggungjawab mengumpul output buat aplikasi berjalan dengan baik. Motherboard, CPU, ROM, RAM dan BIOS juga menerima input dari peranti seperti papan kekunci, tetikus, pembesar suara dan sebagainya.


Dengan mengetahui apakah ‘organ-organ’ terpenting komputer beserta fungsinya di dalam laptop dan PC kita, diharapkan kita semua dapat lebih memahami dan mampu mengenalpasti sekiranya terdapat masalah di masa hadapan kelak.


Komen di bawah dan kongsi entri kami supaya rakan-rakan yang lain tahu juga!



“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala

Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku


14 views0 comments