Search
  • RepaiRBossku

Cara Mudah Perbaiki Kualiti Video Webcam Anda

Sejak dunia dilanda pandemik, setiap pertemuan telah digantikan dengan pertemuan secara maya. Sungguhpun berbeza, tetapi dengan adanya medium seperti kamera yang baik, komunikasi masih boleh berjalan dengan lancar.


Namun, bagaimana pula jika sebaliknya?


Entri RepaiRBossku kali ini akan berkongsi tentang tips yang semestinya mudah untuk tingkatkan kualiti webcam anda. Tanpa berlengah lagi, jom lihat cara-caranya!



1. PERIKSA TETAPAN KAMERA DI DALAM PERISIAN VOICE CHAT ANDA

Baik Google Meet, Zoom, Facetime dan sebagainya, semua perisian sebegini boleh dilaraskan tetapannya mengikut keselesaan anda. Anda boleh mengubah tahap keterangan (brightness), kejelasan (clarity), tona warna dan pelbagai lagi di dalam settings setiap aplikasi ini. Alternatif lain, anda juga boleh laraskan kualiti gambar dan video webcam melalui tetapan di laptop anda.




2. ANDA PENGGUNA WiFi? SAMBUNGKAN WAYAR ETHERNET TERUS KE LAPTOP

Tidak dinafikan memang ada sambungan WiFi yang cukup bagus kestabilan dan kelajuannya, tambah-tambah lagi jika di rumah anda sendiri. Tetapi, sambungan Internet terus ke laptop menggunakan wayar Ethernet adalah lebih baik dari itu. Capaian video secara langsung juga adalah lebih lancar jika anda menggunakan sambungan terus dari router.




3. LARASKAN FOKUS WEBCAM SECARA MANUAL

Jika anda belum tahu atau terlupa, ada sesetengah jenis webcam yang dilengkapi dengan ‘focus ring’ yang biasanya terletak di bahagian luar badannya. ‘Focus ring’ ini fungsinya sama seperti fokus kamera DSLR atau mikroskop, di mana ‘ring’-nya boleh dilaras mengikut kesesuaian dan keselesaan anda sebagai pengguna. Pastikan kamera webcam anda dihidupkan terlebih dahulu sebelum membuat perlarasan, ya?





4. KEMAS KINI DRIVER

Baik driver webcam, video card atau aplikasi video chat anda sendiri, semua ini perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Capaian video anda mungkin terganggu kerana program yang anda gunakan adalah dari versi yang lama. Ini juga sama akibatnya dengan video card dan driver webcam yang sudah ketinggalan. Menurut pakar, memastikan webcam anda menggunakan parisian yang betul adalah perkara yang paling penting bagi mendapatkan kualiti gambar yang terbaik.



5. LETAK SAHAJA PANGGILAN ITU.....DAN MULA SEMULA DENGAN PANGGILAN BARU

Sekiranya anda telah cuba semua cara di atas dan tidak membuahkan hasil, letak panggilan tersebut dan mula semula dengan panggilan yang baru. Ini mungkin kedengaran lucu dan tidak berasas, tetapi banyak VoIP dan isu-isu dari aplikasi video chat boleh diselesaikan melalui sambungan yang baru. Tambahan info, sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang merungut tentang kualiti video anda, kebarangkalian masalah adalah pada sambungan Internet mereka, dan bukan anda.



Bagaimana, adakah tips-tips diatas berjaya membantu meningkatkan kualiti video dan gambar webcam anda? Komen di bawah untuk kongsi pendapat anda. Jangan lupa share post ini kepada kawan-kawan yang lain juga ya!



“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala

Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku



16 views0 comments