Search
  • RepaiRBossku

DIY Bersihkan Laptop!

Pembersihan laptop tidak semestinya boleh dilakukan di RepairBossku sahaja. Jika anda belum tahu, anda juga berkebolehan melakukannya. Bagaimana? Jom terus baca entri ni!

Sebelum

Sebelum memulakan apa-apa pembersihan, sila cabut pengecas, pendrive atau apa-apa driver dan padam laptop anda. Anda juga digalakkan memakai sarung tangan getah atau pakai buang untuk mengendalikan proses ini. Jika ada, sediakan kain lembut seperti microfibre untuk mencuci kotoran di laptop anda.


Mengapa mirofibre?

Ini kerana kain selain microfibre majoritinya lebih kasar dan berkemungkinan boleh mencalarkan laptop.



Gunalah cecair nyahkuman bernisbah 70:30 (alkohol:air) seperti 70% isopropyl alchohol dan 30% air.

Pencuci selain dari ini adalah terlalu ‘kuat’ dan boleh merosakkan permukaan laptop ketika mencuci.


Semasa

Mulakan pembersihan dengan cecair pembersih pilihan hati anda. Sembur sedikit cecair tersebut di atas kain microfibre terlebih dahulu. Jangan sembur cecair pencuci terus ke atas permukaan skrin ya! Seterusnya, mula mengelap skrin dan bahagian lain dengan satu arah pergerakan. Sekiranya anda lebih selesa dengan pergerakan melintang, teruskan dengan pergerakan yang sama sehingga selesai.



Ketika mengelap, pastikan tiada titisan cecair yang menitik keatas laptop terutamanya di ruang antara keyboard, display panel edges dan USB ports. Lap lah dengan cermat kerana jika anda membersihkan laptop dengan kasar, ia boleh memberi kesan berbahaya pada permukaan laptop yang sensitif


Selepas Mencuci

Keringkan laptop anda dengan udara (air-dry) dahulu sebelum menghidupkannya. Pastikan tiada kelembapan yang kelihatan di skrin, keyboard mahupun bahagian tepi badan laptop. Jika anda menggunakan sarung tangan, buang ia ke dalam tong sampah dan basuh tangan dengan sabun sejurus selepas itu.



Sebagai peringatan penting, jika anda tidak berhajat untuk menggunakan cecair pencuci 70/30 alkohol/air, maka anda boleh menggantikan ia dengan pencuci SELAIN chlorine-based seperti peluntur, peroxide termasuk hydrogen peroxide, solvents contohnya acetone, thinner, benzene, methylene chlorid atau toluene, ammonia misalnya Windex dan akhir sekali ethyl alchohol. Biasakanlah diri untuk membaca terlebih dahulu isi kandungan yang terpapar di botol-botol pencuci sebelum menggunakannya.


Sumber rujukan: DELL Support Youtube

***

“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.

Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Walk-in : Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672 (https://repairbossku.wasap.my/)

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur


Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku



6 views0 comments