Search
  • RepaiRBossku

Jadikan Laptop Anda Sehebat Desktop

Komputer riba diciptakan dengan sifat mudah alih, amat mudah dibawa tidak kiralah dari rumah ke pejabat, ruang kerja ke bilik tidur mahupun dari kapal terbang ke keretapi. Tidak dinafikan, memang banyak kelebihannya. Namun, ketika musim pandemik yang tiada berkesudahan ini, kebanyakan dari kita lebih banyak menghabiskan masa kerja dan terluang dengan berada di rumah. Dalam keadaan begini, maka kekurangan laptop berbanding desktop mula jelas disedari.


Komputer riba atau namanya yang lebih mesra ‘laptop’, ratanya mempunyai skrin yang lebih kecil berbanding desktop. Ia juga dijual dengan harga yang lebih tinggi, mempunyai port dan connection yang terhad serta datang dengan papan kekunci yang kecil jika dibandingkan dengan desktop. Yang paling penting, penggunaan laptop mungkin membawa kesan buruk kepada postur badan anda. Ramai yang cenderung menunduk sedikit kebawah daripada duduk tegak dan memandang terus ke skrin laptop, bukan?


Anda tidak semestinya perlu mempunyai desktop dan laptop yang berasingan hanya kerana anda kini lebih kerap menggunakannya di rumah. Ini kerana, laptop boleh ditukarkan menjadi desktop.


Bagaimana? Hanya dengan hardware tambahan yang bersesuaian. Jom kita lihat caranya!



MONITOR TAMBAHAN

Skrin yang terang dan jelas tidak berguna kalau di penghujungnya akan memudaratkan leher anda. Dengan menambah monitor kedua kepada laptop, anda bukan sahaja boleh mendapatkan postur terbaik kerana anda tidak akan lagi menunduk ke bawah, tetapi anda akan dapat nikmati pandangan yang lebih luas, sesuai untuk meneliti Excel sheet anda yang lebar itu. Menonton filem atau Netflix juga akan menjadi lebih menarik dengan monitor tambahan ini.


Video yang dipancarkan oleh laptop anda akan menentukan apa jenis sambungan (connection) ke monitor anda. Pilihan yang biasa adalah HDMI, DisplayPort, Thunderbolt dan juga USB-C. Kualiti dan saiz skrin juga boleh dipilih mengikut citarasa dan bajet anda. Anda boleh menggunakan monitor kedua sebagai paparan utama, atau anda juga boleh menggunapakai kedua-dua skrin dalam masa yang sama.


Semuanya terpulang kepada keselesaan anda.


Dari segi pilihan, terdapat beribu jenis monitor di pasaran. Sekiranya anda tiada niat untuk memiliki monitor yang berspesifikasi tinggi seperti gaming monitor, anda bernasib baik kerana monitor tambahan ini sama sekali tidak memerlukan belanja yang besar. Proses pemasangannya juga mudah dan senang untuk dilaksanakan. Sebaik sahaja monitor kedua anda disambungkan, operating system anda akan mula mengenalpasti dan berfungsi seperti biasa.


Cara pemasangan mengikut Operating Sytem:

Windows - pergi ke setting > system > display

Mac - system preferences > displays

Chromebook - setting > displays untuk secondary screen



PAPAN KEKUNCI DAN TETIKUS EKSTRA

Menambah papan kekunci dan tetikus sedangkan laptop sudah tersedia dengan hardware yang sama mungkin kelihatan membazir, tetapi ada sebab munasabah untuk anda berbuat demikian. Kedua hardware ini mampu memberi keselesaan yang serupa, sama seperti anda menggunakan desktop. Anda juga boleh mengaplikasikan shortcut yang mungkin tidak boleh digunakan di keyboard atau touch pad laptop anda.


Sekiranya anda berminat untuk membeli papan kekunci berasingan, amat digalakkan untuk memilih saiz yang lebih besar, berserta kekunci nombor dan media shortcut, serta lain-lain kelebihan yang tidak ada di laptop anda. Untuk fleksibiliti yang maksimum, bertukarlah kepada kekunci tanpa wayar.


Bagi tetikus pula, terdapat pelbagai jenis kelebihan yang boleh anda cuba. Contohnya, ada model yang mempunyai pelbagai butang khas seperti volume dan juga shortcut configuration yang amat menjimatkan masa seperti menekan “X” untuk perisian. Seperti papan kekunci, tetikus juga hadir dengan jenis berwayar dan tanpa wayar. Pokoknya, apapun hardware yang anda pilih, ianya haruslah mudah dan senang untuk di sambungkan kepada komputer anda.



PASANG PEMEGANG LAPTOP

Jika anda tidak mahu mengeluarkan belanja untuk hardware di atas, anda boleh mentransformasi laptop anda kepada desktop hanya dengan memasang stand atau pemegang laptop. Pemegang ini berfungsi meninggikan kedudukan laptop, menjadikan posisinya sesuai untuk kesihatan mata, leher dan tangan anda ketika menaip. Pemegang ini tidak diperlukan sekiranya anda memilih untuk menambah monitor kedua. Namun, semuanya terpulang kepada keselesaan dan bajet anda.


Model dan reka bentuk bagi pemegang laptop ini turut ada berbagai variasi. Dari aluminium ringkas yang boleh meninggikan kedudukan laptop, kepada reka bentuk yang lebih kompleks dan boleh diubahsuai posisinya, semuanya ada dijual di pasaran. Umumnya, kesemua pemegang sesuai digunakan untuk apa jua jenis laptop, tetapi anda dinasihatkan untuk memeriksa sama ada berat laptop anda sepadan untuk pemegang yang dibeli.


Pemegang yang terbaik untuk anda bergantung kepada bagaimana transformasi laptop ke desktop yang anda inginkan. Adakah anda ingin menambah papan kekunci dan tetikus? Dan di mana anda mahu meletakkan laptop anda? Sekiranya ada monitor tambahan, bagaimana anda ingin memposisikannya? Terakhir sekali, adakah anda perlu mengakses skrin laptop setelah menambah monitor kedua? Menurut pendapat kami di RepairBossku, adalah lebih baik jika anda menggunakan pemegang yang boleh diubah posisinya mengikut kesesuaian kerana ia akan memberi lebih fleksibiliti dan ruang untuk meletakkan tablet atau smartphone anda.


Konklusinya, terdapat begitu banyak cara kreatif dan efisyen untuk mentransformasi laptop anda kepada desktop. Semua pilihan yang anda pilih haruslah berbalik kepada keinginan, kesesuaian dan semestinya bajet yang telah anda peruntukkan. Selamat mencuba!

“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Walk-in : Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672 (https://repairbossku.wasap.my/)

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur


Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku



15 views0 comments