Search
  • RepaiRBossku

5 Perkongsian dari RepaiRBossku Tentang Punca Keyboard Boleh Rosak

Updated: Jul 29, 2019

Sekiranya anda mempunyai laptop, yang manakah anda lebih prefer, menggunakan real keyboard atau virtual keyboard? Keyboard adalah salah satu bahagian yang utama laptop. Ianya sangat memudahkan kerja-kerja typing terutamanya. Hampir 90% pengguna laptop menggunakan keyboard ketika membuat kerja dan sekiranya keyboard laptop rosak, sebahagian besar akan merasa terjejas. Namun, ramai yang memikirkan sekiranya salah satu butang keyboard laptop tidak berfungsi, anda boleh menggantikan satu butang yang rosak itu sahaja.


Tidak semestinya tuan-puan. Uh oh! Kenapa ye?


Sesetengah keyboard disambungkan ke dalam satu papan dan pada satu cable sahaja, cable ini yang menghubungkan setiap butang keyboard pada motherboard laptop. Maksudnya, sekiranya satu butang laptop rosak, anda tidak dapat menggantikan atau membaiki satu butang sahaja, anda harus menukar seluruh keyboard laptop.


Seperti kata orang tua-tua kita, mencegah itu lebih baik dari mengubati, jom kita ambil tahu apakah punca yang akan menyebabkan keyboard laptop rosak. Ketahui 5 punca yang menyebabkan keyboard laptop anda boleh rosak dari perkongsian Tim RepaiRBossku Kedai Repair Keyboard Laptop di Taman Melawati, Wangsa Maju.


1. Menaip di keyboard dengan penuh emosi


Biasanya ketika menaip di Microsoft word, terutamanya ketika waktu anda busy bekerja, sesetengah pengguna laptop cenderung menaip secara aggressive, ada yang mengatakan feeling bekerja bila mendengarkan bunyi keyboard yang diketik. Ala-ala menaip di mesin taip gitu. Namun, elakkanlah untuk menaip dengan kuat ketika menggunakan keyboard laptop. Keyboard laptop lebih sensitive dan mudah rosak sekiranya tidak digunakan secara cermat. Anda cuma perlu taip secara lembut dan manja sahaja untuk keyboard laptop berfungsi dengan baik.


Antara sebab lain yang membuatkan anda mengetik keyboard dengan penuh emosi adalah apabila kerap bermain games menggunakan keyboard laptop. Ini menyebabkan anda secara tidak sengaja akan menekan butang keyboard dengan kuat dan aggresif sehingga keyboard anda berlaku kerosakan. Sekiranya anda ingin bermain games di laptop anda, adalah lebih baik anda menggunakan keyboard external yang khas untuk anda lenjan bermain games.


2. Anda seorang yang suka makan atau merokok ketika menggunakan dengan laptop.


Sekiranya laptop anda sudah lama tidak buat servis clean dust atau cooling servis, semestinya dalam keyboard anda sudah penuh dengan debu yang tebal. Debu atau habuk ini boleh membuatkan keyboard laptop anda kurang berfungsi atau tidak berfungsi dengan baik. Ia boleh menyekat kelancaran keyboard ketika anda mahu tekan butang keyboard tersebut.

Tabiat makan atau merokok ketika berkerja ketika menggunakan laptop bakal mendedahkan laptop anda kepada risiko habuk dan sisa-sisa makanan untuk masuk ke dalam celah-celah keyboard. Ini juga mengundang ‘makhluk lain’ untuk membina tempat tinggal dalam laptop anda. Jangan terkejut sekiranya laptop anda menjadi sarang semut nanti.

Namun, perkara ini boleh dielakkan sekiranya anda menggunakan keyboard laptop cover/protector untuk menutupi keyboard anda dari terkena habuk. Hanya semurah RM 15 sahaja dapat selamatkan duit anda dari tukar keyboard laptop baru. Murah kan? Anda juga digalakkan untuk buat cooling servis 6 bulan sekali atau setahun dua kali supaya keyboard dan laptop anda dapat tahan lebih lama.


3. Air tertumpah pada keyboard laptop .

Ramai pengguna laptop selalunya yang bekerja di ofis juga kan, sekiranya anda seorang yang suka minum coffee ketika sedang bekerja menggunakan laptop, anda adalah terdedah kepada risiko air tertumpah pada keyboard. Minuman yang tertumpah pada keyboard laptop juga berisiko untuk membuatkan keyboard anda stuck atau tersekat.


Keyboard yang terkena air berisiko dijangkiti kulat atau fungus dibahagian dalam keyboard dan ini akan menjejaskan performance keyboard laptop anda. Paling teruk sekiranya air tersebut membuatkan wayar/cable keyboard mati atau terpadam terus menyebabkan keyboard anda tidak berfungsi. Berhati-hati ya.


4. Ubat Stapler tersekat dalam keyboard .


Ini adalah antara punca yang popular dalam kerosakan keyboard yang tim RepairBossku temui, kebanyakan keyboard yang dibaiki, Tim RepaiRBossku menjumpai sekurang-kurangnya dua ubat stapler di dalam keyboard laptop. Tahukah anda ia sangat berisiko membuatkan keyboard anda short atau motherboard anda boleh short? Elakkan membuka ubat stapler berdekatan dengan laptop sekiranya anda ambil kisah tentang laptop anda untuk tahan lebih lama.

5. Anak-anak kecil mencabut butang-butang keyboard.

situasi anak kecil yang suka mencabut butang keyboard laptop ini biasa berlaku kalau anda mempunyai toddler yang sedang membesar. Mereka merasakan mencabut butang keyboard itu seperti mencabut lego agaknya. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat dielakkan sekiranya anda tidak membiarkan mereka bermain berhampiran laptop atau menggunakan laptop berhampiran anak-anak kecil. Ada juga ibu bapa yang menjadi creative mencipta keyboard untuk mereka cabut sendiri supaya mereka tidak bermain dengan laptop sebenar.


Dah tahu punca yang mana buat keyboard anda rosak? Anda mencari servis untuk baiki keyboard laptop anda.


RepaiRBossku menyediakan servis membaiki dan menukar keyboard laptop di Seksyen 1 Wangsa Maju berdekatan dengan Taman Melawati. RepaiRBossku juga menyediakan servis software dan hardware yang lain seperti penukaran skrin, repair hinge atau engsel laptop dan software installation. RepaiRBossku adalah syarikat Bumiputera dan Muslim yang menjalankan perniagaan repair laptop dan handphone di area Taman Melawati, Wangsa Maju.


“You Deserve A Boss Service”


Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku. Jom lihat sini untuk feedback dari pelanggan RepaiRBossku. Anda nak tanya-tanya dulu? Boleh je, Tim RepaiRBossku sedia menjawab pertanyaan anda di sini.


Klik sini untuk bertanya soalan:https://m.me/repairbossku


Atau anda boleh walk in terus ke:

RepaiRBossku | Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon / WhatsApp : +6013-2495672 | Link <WhatsApp https://repairbossku.wasap.my/

IG/Facebook : @repairbossku


Alamat :No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Ahad -Jumaat)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

0 views

013-2495672

Copyright Reserved RepairBossku (2019)

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now