Search

Laptop Di Bawah RM 2K Untuk Pelajar IPT



Tugasan asas seperti menulis esei, menyediakan slaid pembentangan dan membuat video ringkas adalah darah daging buat individu yang bergelar mahasiswa. Namun, bukan semua laptop mampu menambat hati golongan muda ini. Majoriti pelajar zaman kini lebih cenderung untuk memiliki komputer riba yang mudah dibawa; yakni ringan dan kecil, dan semestinya dengan harga yang mampu milik.


Justeru dalam entri minggu ini, RepairBossku akan menyenaraikan laptop yang memenuhi ciri-ciri diatas, dan semuanya bernilai dibawah RM 2,000! Diharapkan senarai ini mampu memberi idea dan gambaran kepada para pelajar IPT diluar sana untuk membuat keputusan.


Let’s check them out!


Laptop Bernilai RM 2,000.00 Kebawah Khas Untuk Pelajar Universiti/Kolej



1. HP Notebook 14s-cf2000tu

Laptop yang hanya seberat 1.43 kg ini menggunakan Integrated Intel UHD yang sesuai untuk light-gaming seperti DotA2 dan CS Go. Logiknya, sekiranya laptop itu mampu untuk mengendalikan game seperti itu, ia semestinya lagi mampu digunakan untuk tujuan lain. Oleh itu, menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint, dsb.), melayari internet dan Youtube, bahkah mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop tidak menjadi masalah untuk komputer riba dari HP ini.


Ia lengkap dengan 256 GB SSD, 4 GB RAM dan reka bentuk eksklusif walaupun ia diperbuat dari bahan bukan premium. Pelajar pastinya akan menyukai laptop ini kerana ia mempunyai port HDMI yang boleh disambungkan ke projektor kelas untuk pembentangan yang lebih efektif. Selain itu, HP Notebook 14s-cf2000tu ini juga datang dengan 3 port USB; 2 port USB type-A dan 1 USB 3.1 type-C berserta audio jack. Dengan harga serendah RM 1,700.00 kebawah, anda boleh memiliki laptop ini dengan warna pale gold ataupun grey.




1. ASUS M409

Laptop seterusnya adalah ASUS M409 yang hanya bernilai RM 1,499.00! Walaupun prestasinya tidak sehebat HP Notebook diatas, namun ia masih dilengkapi dengan 256 GB SSD yang menjadikan kelajuannya untuk membaca dan memproses (loading) data dengan kelajuan yang memuaskan. ASUS M409 ini juga mampu menggunakan Photoshop walaupun ada kalanya anda akan menerima warning yang mengatakan RAM tidak cukup. Namun, masalah ini boleh diselesaikan hanya dengan menambah RAM, idealnya 4 GB sahaja untuk penggunaan optimum.


Dari segi rupa, ASUS M409 ini lebih moden dan ada unsur minimalistik pada luarannya. Laptop ini lebih berat dari HP Notebook 14s-cf2000tu (1.6 kg) tetapi masih cukup ringan untuk dibawa ke kelas atau kemana sahaja disekitar kampus. Menariknya, anda ada 4 pilihan warna unik, semestinya bukan hanya terhad kepada hitam atau kelabu yang membosankan, tetapi Transparent Silver, Slate Grey, Peacock Blue dan juga Rouge.


1. Acer Aspire 3 A314 C087

Laptop terakhir bernilai bawah RM 2,000.00 yang semestinya sesuai untuk pelajar IPT adalah Acer Aspire 3 A314 C087. Dari segi prestasi, perbezaannya adalah sangat tipis jika dibandingkan dengan ASUS M409 yang kita dibincangkan di atas. Dengan berat kurang dari 2 kg (1.65 kg), Acer Aspire 3 ini juga mudah untuk dibawa kemana-mana, sesuai dengan gaya hidup seorang Mahasiswa di kampus.


Badan luarannya diperbuat dari plastik, namun ia masih tampak “mahal” dengan teksturnya yang bergaris-garis. Papan kekunci Acer Aspire 3 ini amat selesa, kerana ia memang dicipta untuk pengguna menikmati keselesaan yang maksimum ketika menaip. Ia juga ditambah dengan blue technology, dimana ia memberi perlindungan terhadap mata penggunanya dari sakit atau penat. Walaupun laptop ini tidak sesuai untuk game yang berat (SSD 256 GB, RAM 4 GB), ia masih menjadi pilihan tepat untuk pelajar IPT menyiapkan tugasan asas mereka. Lebih-lebih lagi dengan kapasiti baterinya yang besar, iaitu 4660 mAH yang mampu bertahan 10 jam bergantung pada cara penggunaan.


Tuntasnya, kita tidak semestinya perlu berbelanja besar untuk memiliki laptop yang cemerlang dari segi prestasi dan ciri-ciri luarannya. Tambahan lagi jika seseorang itu hanya memerlukannya untuk tugasan ringkas yang sama sekali tidak memerlukan processor, RAM dan memori yang terlalu besar. RepairBossku berharap agar entri kali ini dapat membantu para mahasiswa atau mereka yang bakal menjejaki alam pengajian tinggi untuk memiliki laptop yang paling sempurna buat mereka. Best of luck!




***

“Accelerating Technology” itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang telah berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Anda mencari laptop baru untuk diri anda? Repairbossku juga menjual laptop baru dan secondhand, boleh dapatkan consultation percume dengan hanya klik link dibawah!



Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Walk-in : Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672 (https://repairbossku.wasap.my/)

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur


Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku

46 views0 comments