Search
  • RepaiRBossku

Laptop Lebih Laju: Delete Temporary Files & Lakukan Disk Cleanup

Servis laptop bukan hanya terhad kepada bidang kerja pakar Laptop atau IT, tetapi anda juga boleh lakukannya sendiri di rumah, tanpa sebarang caj. Walaupun cara ini bukanlah jalan penyelesaian yang yang berimpak besar, namun ia sedikit sebanyak terbukti mampu membantu meningkatkan prestasi laptop kesayangan anda.


Bagaimana caranya?


Jawapannya adalah dengan membuang Temporary Files dan melakukan disk cleanup pada file explorer anda. Mungkin ada diantara para pembaca yang tertanya, apakah yang dimaksudkan dengan Temporary Files dan kenapa ia perlu dibuang? OK, bahasa mudahnya file ini adalah file yang digunakan oleh operating system kita. Ia bersifat sementara dan hanya wujud ketika sesebuah program dibuka dan digunakan. File ini menyimpan dan menggerakkan data, setting, membantu ketika ada kehilangan data dan juga mengurus multiple users. Kebiasannya, Temp Files ini akan dibuang secara automatik apabila sudah tidak diperlukan. Namun, ada kalanya ia tersimpan di dalam sistem dan akhirnya memenuhkan ruang memori.


Baik, disk cleanup tu apa pula?

Ia adalah utiliti penyelenggaraan yang dibangunkan oleh Microsoft untuk pelanggannya yang menggunakan operating system Windows. Disk cleanup akan mengimbas (scan) hardware laptop anda dan mengenalpasti file yang sudah tidak digunakan. Contohnya Temp File, cached webpages, dan rejected items lain yang patut berada di Recycle Bin anda.


Anda tidak perlu risau untuk membuang file-file ini kerana ianya sudah tidak diperlukan lagi oleh operating system anda. Tanpa buang masa lagi, jom kita belajar cara untuk delete Temp Files ini!


DELETE TEMP FILES UNTUK WINDOWS

CARA PERTAMA


1. Buka dialog box dengan menekan butang Windows + R.


2. Taip “temp” (tanpa “...”) dan klik OK.


3. Pilih semua file dan folder di dalam folder Temp yang untuk di-delete. Sekiranya tiada sebab lain untuk berbuat demikian, select sahaja semuanya. Anda tidak perlu risau, kerana Windows secara automatik tidak akan membenarkan anda delete file atau folder yang masih digunakan.

TIPS: Sekiranya anda menggunakan keyboard atau mouse, klik satu item dan tekan Ctrl + A untuk memilih semua file dan folder serentak. Sekiranya tiada, anda juga boleh pergi ke Home menu di bahagian atas folder, dan pilih ‘Select all’.


4. Delete kesemua file dan folder tersebut menggunakan butang ‘Delete’ di keyboard atau di Home menu anda. Menurut kepada versi Windows dan setting laptop masing-masing, anda mungkin akan ditanya sama ada anda betul-betul ingin delete kesemua item serentak. Anda juga perlu menekan butang ‘Yes’ sekiranya soalan itu keluar di skrin.


5. Tekan ‘Skip’ sekiranya amaran File atau Folder In Use muncul ketika proses membuang file. Contoh Windows memberitahu anda bahawa File atau Folder In Use yang mahu di-delete telah dikunci kerana masih digunakan oleh program tertentu. Dengan menekan skip, proses pembuangan file akan diteruskan keatas item lain yang sudah tidak digunakan.

TIPS: Sekiranya anda menerima warning ini bertalu-talu, tandakan ☑ untuk do this for all current items dan tekan ‘Skip’ sekali lagi.


LAGI TIPS: Sekiranya anda menerima warning Error Deleting File or Folder yang akan mengentikan proses pembuangan file secara serta merta, restart laptop anda dan cuba sekali lagi. Jika tidak berhasil juga, gunakan Windows in Safe Mode dan ulang semula langkah dari awal.


6. Tunggu sebentar untuk semua Temp File anda dibuang. Rata-ratanya, proses ini hanya mengambil masa beberapa saat hingga minit sahaja berdasarkan saiz file yang anda buang. Anda tidak akan menerima notifikasi bahawa proses telah sempurna. Sebaliknya, anda akan melihat Temp Folder yang kosong. Sekiranya berjaya, anda bolehlah menutup folder ini.


Peringatan juga jika anda membuang terlalu banyak folder atau file, sebahagian besar darinya mungkin tidak akan di hantar ke Recycle Bin. Tetapi ia akan dibuang untuk selama-lamanya (permanent delete).


7. Akhir sekali, pergi ke Recycle Bin di desktop anda, tekan right-click atau tap-and-hold icon lalu pilih ‘Empty Recycle Bin’. Tekan ‘Confirm’.

TIPS: Untuk menjimatkan lagi masa selepas ini, anda boleh melangkau langkah terakhir ini dengan menekan ‘Shift + Delete’ untuk langkah keempat (4). Shortcut ini akan terus membuang Temp File anda secara serta merta tanpa perlu di pindahkan ke Recycle Bin.


CARA KEDUA

1. Ulang cara sama untuk buka dialog box.


2. Taip “%temp%” (tanpa “...”) dan klik OK.


3. Sekali lagi, pilih semua file menggunakan kursor, atau gunakan shortcut CTRL + A, kemudian tekan ‘Shift + Delete’ untuk permanent delete.


CARA KETIGA

1. Buka dialog box sama seperti cara pertama dan kedua menggunakan butang Windows + R.


2. Taip “prefetch” (tanpa “...”) dan klik OK.


3. Pilih semua file, atau gunakan shortcut CTRL + A kemudian tekan ‘Shift + Delete’ untuk permanent delete.


DISK CLEANUP UNTUK WINDOWS

Disk Cleanup juga bertujuan untuk membuang Temp Files serta item-item lain yang sudah tidak diperlukan oleh sistem laptop anda lagi. Cara-caranya adalah seperti berikut:


1. Dalam search box di taskbar anda, taip ‘Disk cleanup’. Pilih ‘Disk cleanup’ dalam paparan keputusan (result).


Untuk alternatif lain, anda boleh ke File Explorer > This PC terlebih dahulu. Pilih drive yang anda ingin lakukan disk cleanup dan right-click > properties. Seterusnya, tekan disk cleanup dan teruskan seperti langkah seterusnya seperti di bawah.



2. Di bawah ‘Files to delete’, pilih item yang anda ingin buang. Tekan OK.


Jika anda mahukan space yang lebih banyak, anda juga boleh mencuba pilihan ‘Delete system files’.


1. Ikuti untuk disk cleanup di atas.

2. Pilih ‘Clean up system files’.

3. Pilih file dan folder yang anda ingin buang. Tekan OK.


Bagi penggunakan Macbook pula, caranya sedikit berbeza namun mudah juga.


MAC OS

1. Pergi ke Finder.


2. Klik ‘Go’ dan seterusnya ‘Go To Folder’.


3. Taip: ~/Library/Caches untuk akses folder Temporary/Caches Files.


4. Select semua file menggunakan cursor atau gunakan shortcut Command ⌘ + A. Delete semua file tersebut.


5. Kosongkan Trash.


Lakukanlah cara-cara diatas ini dari semasa ke semasa. Perubahan dari segi kelajuan akan kelihatan dengan jelas lebih-lebih lagi ketika anda mengakses dokumen atau folder di dalam file explorer. Diharapkan langkah ini dapat membantu dan selamat mencuba!


Sumber rujukan:

Lifewire

Calszone.com

Deleting Temp FIles on Mac

McAfee.com