Search
  • RepaiRBossku

Menjaga Laptop ‘Like a Boss’


Dalam menjalani kehidupan, bukan sahaja dari segi kerjaya dan gaya hidup yang perlu kelihatan hebat ‘Like A Boss’, namun motto hidup ini juga perlu dipraktikkan dalam penjagaan laptop kita. Anda mesti tak mahu membazir beribu-ribu ringgit membeli laptop tetapi dalam masa kurang dari 2 tahun ia sudah barai, kan? Oleh itu, entri RepairBossku minggu ini akan mengupas 6 penjagaan laptop yang semestinya ‘Like A Boss’.


Tunggu apa lagi? Jom kita mula!



1. Elakkan Penggunaan Laptop Berhampiran Dengan Haiwan Peliharaan

Haiwan peliharaan terutamanya kucing memang sangat sukakan laptop kerana ia mengeluarkan haba (atau sebetulnya, mereka hanya ingin berada dekat dengan anda. Hehe). Tetapi, tahukah anda bahawa bulu-bulu gebu haiwan kesayangan anda itu boleh termasuk kedalam laptop dan akhirnya akan memudaratkan sistem? Lebih bahaya lagi, jika anda memiliki haiwan besar seperti anjing. Tingkah laku mereka yang lincah silap hari bulan boleh terlanggar komputer riba anda dan mengakibatkan ia jatuh.


Jika kucing anda masih berada hampir dengan laptop sekarang, perlahan-lahan alihkan ia ke tempat yang lebih sesuai ya!






2. Beri Perhatian Ekstra Kepada LCD Laptop Anda

Ada sebarang pen, pendrive atau earphone tertinggal di atas papan kekunci? Pastikan barang tersebut dialihkan sebelum anda menutup laptop ya! Barang-barang yang masih berada di atas laptop ketika ia telah ditutup berkemungkinan besar akan mencalarkan skrin anda.


Setelah anda yakin tiada benda asing yang tertinggal, tutuplah laptop dengan cermat yakni dengan memegang bahagian tengah penutup. Menutup laptop dari tepi akan memberikan tekanan kepada engsel (hinge) laptop, membengkokkannya dan jika berterusan, akan patah. Perlu diingatkan juga, anda perlu memegang bahagian bawah (base) dan bukannya skrin ketika mengangkat laptop anda.





3. Larangan Menarik Power Cord Laptop

Menarik atau merentap power cord dari power socket akan menyebabkan cord laptop anda putus atau merosakkan power socket anda sendiri. Elakkan dari melanggar bahkan menendang power cord kerana ia boleh melonggarkannya. Jika berterusan, ia akan rosak serta merta.


Lagi info tambahan, seeloknya elakkan dari meletak cord laptop di atas lantai dan jauhkan ia dari kaki anda ketika menggunakannya. Cara terbaik untuk melindungi cord laptop anda adalah dengan menggunakan tape khas yang normalnya diberikan dengan setiap pembelian pengecas/laptop.




4. Masukkan Aksesori Ke Dalam Slot Yang Bersesuaian

Setiap kali sebelum anda memasukkan aksesori seperti pendrive, USB charger atau earphone jack, perhatikan dahulu simbol yang tertulis di badan laptop anda. Ini kerana, memasukkan aksesori ke dalam slot yang salah boleh memudaratkan soket pada laptop.


Juga diingatkan, masukkan aksesori tersebut dengan cermat dan pada darjah yang sepatutnya. Misalnya, arahkan tangan anda kepada 90° sebelum memasukkan pendrive ke dalam USB port.




5. Lindungi Laptop Dari Perubahan Cuaca Yang Mendadak

Sekiranya anda ingin mengubah tempat duduk dari suhu yang sejuk ke panas atau sebaliknya, biarkan laptop anda berada di suhu bilik buat sementara waktu dahulu. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan dari sebarang risiko disk drive di dalam laptop anda dari menghasilkan pemeluwapan.


Jangan sesekali meninggalkan laptop di dalam kenderaan kerana seperti yang kita tahu, cuaca di dalam laptop sering mengalami perubahan yang mendadak. Selain boleh merosakkan, perbuatan sedemikian turut mengundang kepada kecurian yang pastinya tidak diingini oleh sesiapa pun.




6. Guna Laptop Di Tempat Yang Mempunyai Pengudaraan Baik Sahaja

Penggunaan laptop ‘Like A Boss’ juga termasuk dengan amalan menggunakan laptop hanya di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang tidak tertutup. Sekiranya anda gemar melakukan ini, laptop anda berisiko untuk ‘overheat’.


Haa... Macam mana? Ada berapa cara di atas yang anda sering lakukan selama ini? Adakah semua? Tepuk dada tanyalah selera. Kami di RepairBossku berharap cara penjagaan yang kami kongsikan tadi dapat membantu anda menjaga laptop ‘Like A Boss’!


“Accelerating Technology” Itulah tagline RepaiRBossku dalam perkhidmatan mereka, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan pembaikian kami di RepaiRBossku.


Klik sini untuk tanya soalan : https://m.me/repairbossku

Walk-in : Kedai Repair Keyboard Laptop Rosak di Taman Melawati, Wangsa Maju

Telefon/WhatsApp : +6013-2495672 (https://repairbossku.wasap.my/)

IG/Facebook : @repairbossku

Alamat : No 56 (G) Jalan 2A/27A Seksyen 1 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur


Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Sabtu)

Buka Waze di Mobile : http://bit.ly/wazeRepaiRBossku

Buka Google Maps di Mobile : http://bit.ly/LocationRepaiRBossku


3 views0 comments